Friday, November 29, 2013

Resepi 295 : Apple Pie Ice Cream ala Haagen-Dazs

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Seminggu yang lepas,
ABM ade beli aiskrim haagen-dazs perasa
apple pie ni.
Tersangat lah sedap!
ABM ni sememangnya 'cinnamon-lover',
so, bila makan tu memang menikmati sangat.
Tapi, jenama aiskrim haagen dazs memang mahal!
semangkuk kecik tu je lebih kurang ¥250
bersamaan RM7!
Pehh, memang mahal lah kan.
Sekali sekala tu boleh la jugak.


Tapi dah kemaruk punya pasal,
ABM pon search la resepi ice cream ni.
ABM pon ikut lah resepi dari Allrecipes ni
Resepi asal tak meng'custard'kan dulu adunan.
Tapi, ABM buat lah jugak custard tu sbb risau pulak kan
makan telur tak masak. hihi
Alhamdulillah, hasilnya lebih kurang sama rasenye
dengan haagen-dazs tu.
So, sesape yg nk try, boleh la jengah resepi kat bawah ni ya.


BAHAN BAHAN

caramelized cinnamon apple
400g epal - dipotong dadu kecil
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 sudu besar gula kastor

light cinnamon custard
2 cawan non-dairy whipping cream
1 1/2 cawan susu segar
3/4 cawan gula kastor - ikut citarasa
3 biji telur
2 sudu kecil serbuk cinnamon
1/4 cawan salted caramel sauce

bahan crumble
40g biskut tawar - dihancurkan kasar


CARA CARA

caramelized cinnamon apple
1. Didalam kuali, masukkan kesemua bahan. Gunakan api sederhana, kacau sehingga gula cair.
2. Bila gula sudah memekat, matikan api dan masukkan kedalam mangkuk. Biarkan sejuk.

light cinnamon custard
1. Masukkan whipping cream, susu kedalam periuk. Masak sehingga panas (jangan smpai mendidih).
2. Didalam mangkuk lain, masukkan bahan2 lain dan pukul sebati. Masukkan susu panas kedalam mangkuk sambil dipukul.
3. Tapis adunan dan masukkan kembali kedalam periuk. Gunakan senduk kayu dan kacau sehingga menjadi kastard yang cair. Pastikan kastard jgn terlalu pekat ya. Bila adunan mulai memekat, terus matikan api dan masukkan kedalam mangkuk. Biarkan sejuk sepenuhnya.

Penyediaan
1. Sediakan ice cream maker.
2. Didalam mangkuk besar, satukan kastard, apple dan biskut yg dihancurkan sebati.
3. Masukkan kedalam ice cream maker dan tekan butang ON. Biar sehingga menjadi ice cream.

p/s : Adunan ini boleh dapat lebih kurang 2 liter ice cream. Disebabkan ice cream maker ABM hanya boleh buat 1 liter buat satu masa, ABM buat 2 batches.

ENJOY!

5 comments:

rokot nuluhon said...

bestnya kalau pandai buat...hmmm ** suka blog ni, so sy follow awak ye :) salam kenal..

cheq da said...

Cheq da dh nk msk 2 thn beli mesin ais krim..blom 1 ais krim p buat

ummiaisyah said...

sama la..kekadang tgk resepi eskrem telo tu x msk dulu..tak tertelan plak rasanya...baguihla ABM bg altenatif..tq..tq

Umie Jazz said...

Assalamualaikum..ABM resepi hebat ...kena masuk list ni rasa tentu sedap...nampak pun dh terliur...

cik asmakghazali said...

salam. tahniah! blog ni mmg best. siti yg knl kn. kate nye, bekas kawan skolah incik abm.

nk tye, klu yg xde ice-cream maker tu cne? T.T sejukkan mcm biasa ke?
tq.