Tuesday, November 5, 2013

Resepi 288 : Keropok Lekor Perantau

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Beberapa minggu lepas,
ABM ade order keropok lekor ni
sbb ade la salah sorng family kat jpn ni,
buat perniagaan keropok lekor ni.
Dan harini, ABM rasa macam nak try buat sendiri.
ABM pon cari lah resepi kat internet.


Cari punya cari, rupanya kat blog FnF
ade buat menu ni.
Rupanya takdelah rumit mana nak buat.
Cumanya, kita kene agak2 jumlah tepung yg digunakan.
Dan ABM buat separuh daripada resepi asal.
Sbb macam banyak je kalau buat ikut resepi sebenar.
hihi.
Walaupon rasanya tak 100% macam kat mesia,
tapi, boleh lah nak ubat rindu kat mesia tu kan.
So, Sesape yang nk try buat sendiri tu,
bolehlah rujuk resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN
(ABM buat 1/2 adunan je)

3 cawan isi ikan kembung a.k.a あじ (lebih kurang 6 ekor)
2 ulas bawang putih- ditumbuk halus
2 1/2 cawan tepung ubi kentang (片栗粉) - bergantung pd keadaan
1/2 cawan tepung gandum -
garam dan serbuk perasa secukupnya.
air - bergantung jumlahnya


CARA CARA
1. Ikan hendak direbus dan diambil isi serta diasingkan tulang.
2. Kisar isi ikan dan masukkan kedalam mangkuk. Gaul bersama garam, bawang putih serta serbuk perasa.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi dan sedikit air. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit dahulu. Jika terlalu lembik, tambah lagi tepung. Uli sehingga doh benar2 boleh dibentuk.
4. Bentukkan memanjang seperti keropok lekor. Besar ke kecik, ikut suka ya.
5. Panaskan periuk dan tuang sedikit minyak didalamnya dan biarkan mendidih.
6. Masukkan keropok lekor yg sudah dibentuk tadi dan rebus sehingga timbul. Kemudian, bila dah timbul, biarkan lagi 3-5 minit supaya bahagian dalam keropok lekor dimasak sekali. Toskan dan biarkan sejuk.
7. Bila dah sejuk, potong serong dan goreng dalam minyak panas sehingga garing.
8. Bolehlah cicah ikut sos kegemaran. ABM memang suka cicah dengan sambal kicap! Sambal kicap favourite ABM! hihi

ENJOY!

8 comments:

Iman Wildan said...

Wahhhh..lama x jenguk sini.bangga ada orang bukan pantai timur boleh buat keropok lekor. saya tahuu...tahu makan..hehe..:)

A.B.M said...

iman orng pntai timur ke? hihi

ala, lgpon ni versi tipu2 nye kopok lekor. haha. so, agak mudah lak caranya :D

cheq da said...

Wah..keropok lekor pun bo buat..hebat tul ABM

mrs.smile said...

nampak daripada resepi mcm tak susah sangat..kena mencari mood kerajinan untuk memcuba..thanks for sharing!

Roslia Mohd yusof said...

Tahniah ABM sb rajinnn memasak.. :-)

ummiaisyah said...

oh..ada boh bwg putih yea....ingatkan iakn ngan tepung je...info baru ni...tq 4 sharing

Anie Izwan said...

Assalamualaikum. Sat g nk try buat kepok kekor ni..tq ye for the recipe

www.alknutriton4life.blogspot

Abi Thalhah said...

Alahai. Saya ni mmg peminat tegar keropok lekor. Org klntn g blajar ganu lagi lah menjadi jadi gian ngn keropok lekor ni. Hahah. Memg sedap lah. Tp abm mkn keropok cicah colek kicap ke ? Xpenah tgok org mkn gini. Hehe. Sedapnye keropok.