Sunday, October 20, 2013

Resepi 283 : Rendang Daging - Rindu Kampung Halaman

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni tetibe tekak ni mintak
suruh buatkan rendang daging.
Memang sangatlah homesick bila buat rendang ni.
Nasib baiklah raya dah lepas.
Takdelah nak feeling2 raya sangat kan.


Okeylah, resepi ABM rujuk dari blog Che Mat
Memang sangat sedap.
Hampir seakan2 rendang yang mak ABM buat.
Sangat rindu kat kampung
bila makan menu2 raya ni kan.
Cumanya Che Mat masak guna pressure cooker.
Tapi ABM buat cara biasa je.
Bahan2 ABM guna lebih kurang sama
cuma cara memasaknya tu saja yg berbeza.
So, sesape yang nak try tu,
bolehlah rujuk resepi di bawah ni ya.


BAHAN BAHAN

500g daging lembu - dipotong dadu kecil
1 keping asam gelugur
1/2 - 1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar kerisik
garam secukup rasa
1 cawan santan pekat
2 helai daun limau purut
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk kari daging
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntun bunga cengkih

bahan kisar
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3 batang serai
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 sudu kecil serbuk kunyit - kunyit hidup lg bgs


CARA CARA

1. Didalam kuali besar, panaskan minyak untuk menumis. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga kedalam kuali dan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar dan serbuk kari daging kedalam kuali dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging lembu dan sedikit garam. Gaul rata. Perlahankan api dan tutup kuali. Biarkan sehingga daging empuk. Sekali sekala hendaklah buka penutup dan gaul supaya tidak hangus didasar.
4. Jika daging sudah empuk, masukkan gula melaka, kerisik, asam gelugur, garam secukup rasa, dan santan pekat. Gaul sebati. Biarkan sehingga kuahnya pekat. ABM suka rendang yang berkuah sikit, jadi ABM tak buarkan rendang sehingga kering. Ikut citarasa ya.

p/s : keluarkan asam gelugur jika hendak simpan rendang. Jika tidak nanti rendang akan terlampau masam.

ENJOY!

6 comments:

Cheq Sue said...

alahai ciannya... tak apalah ABM..itulah pengorbanan. akak masa belajar dulu ada jugak sekali dua tak balik kg masa aidiladha. bila telefon, takleh nak cakap dengan mak, asyik nanges aje. mudah jugak eh nak dapat daging di jepun, hilang kempunan... akak kureng sikit rendang2 ni... hiiii

A.B.M said...

tulah. tetibe homesick lak kan. hihi. betul tu, pengorbanan. nme pon raya korban kn. :)
Mudah je nk dpt daging halal kat jepun ni. Sbb ade halal online shop kat sini. Klik je, nnt smpai lah rumah. hihi

Mat Gebu said...

Olooo....tacing laa. Semua yang berada diperantauan akan rindukan kampung...insha Allah, Allah akan dipermudahkan urusan ABM...

A.B.M said...

Aminn. insyaAllah che mat.. :)

cheq da said...

Assalamulaikum ABM
kita kat cni pun tak dan beraya jgk sbb raya ke2 nak ke balik..raya ke3 dah sek p

A.B.M said...

wslm cikgu che da.
tu la. nme pon raya korban kan..
so, kne gak la korbankan ape yg mampu. :)