Resepi 270 : Kek Lapis Neopolitan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Wahh. Dah lama dah tak update blog.
Rasa skill memasak ni pon dah start berkarat.
Sebelum lagi parah,
ABM pon rajinkanlah diri pergi ke dapur.


Memang niat nak buat kek lapis.
Tapi tak tahu nak buat kek lapis yang mana.
Hari tu ade jugak buat,
Tapi agak fail sikit.
Mngkin bahan tak berapa cukup.
Bila belek blog Mat Gebu,
nampak lah satu kek lapis yang sangat lawa.
So, ABM amik keputusan nak buat kek lapis ni.
Memang ambil masa yang lama,
tapi bila dah siap memang memuaskan.
Cuma, ABM buat agak nipis sedikit.
Che Mat buat agak banyak lapisan.


BAHAN BAHAN
(8 inci x 8 inci)

Bahan A
250g mentega - disuhu bilik
150g gula kastor
14 biji kuning telur
5 sudu besar susu pekat

Bahan B
130g gula kastor
7 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar

Bahan C (disatukan)
160g tepung hong kong
40g horlicks
1 sudu kecil baking powder

Bahan D
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 sudu kecil strawberi paste + 1/4 sudu kecil warna merah
1 1/2 sudu kecil coklat emulco


CARA CARA

1. Panaskan oven 175C. Sediakan loyang dan lapik dengan baking paper.
2. Putar mentega dan susu pekat sehingga sebati. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga pucat. Tambah kuning telur satu persatu dan putar sehingga gebu dan kembang.
3. Masukkan bahan tepung yang disatukan sedikit demi sedikit sehingga sebati.
4. Didalam mangkuk lain, masukkan putih telur dan cream of tartar. Putarkan sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan pukul sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
5. Masukkan putih telur kedalam adunan tepung tadi dan kaup balik sebati. Bahagikan kepada 3 bahagian sama rata. Warnakan dengan perasa yang berbeza mengikut bahan D.
6. Masukkan loyang kosong kedalam oven selama 1-2 minit. Kemudian, keluarkan dan masukkan 1 senduk kecil adunan coklat kedalam loyang. Ratakan menggunakan sudu. Gunakan api bahagian atas dan bakar selama 5-7 minit. Lebih cantik jika bahagian atasnya agak keperangan. Tekan kan adunan yg telah dibakar (ABM guna cawan dan golekkan diatasnya je).
7. Jika dah siap, sapukan dengan sedikit butter cair diatas adunan yg sudah dibakar sebelum dimasukkan adunan lagi diatasnya. Ulang sehingga habis.
8. Untuk bahagian atas sekali, bakar didalam oven selama 10 minit. Selepas minit ke 2 yang pertama, cover bahagian atas dengan aluminium foil untuk mengelakkan terlalu hitam.
8. Sejukkan dahulu barulah dihidang.

ENJOY!



Comments

cun kek lapis ni...
bila tgk teringin nk bt..
tp bila tengok jumlh tlor yg dguna rasa terbantut la pulak...
A.B.M said…
tu lahh.
telur mmg bnyk guna.
ni pon festime buat kek lapis yg guna banyak telur. :D

Popular Posts