Thursday, July 18, 2013

Resepi 266 : Sambal Telur - Menu Ringkas Berbuka Puasa.

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM sangat tak ade idea
nak masak ape untuk berbuka.
Teringat pulak sambal telur emak kat rumah.
Belek2 barang kat dapur,
campak jelah ape yang ada.
Alhamdulillah menjadi satu menu yang ringkas
tapi sangat bermakna bg ABM.
Ok, dah start da feeling2 nak berbuka
kat rumah. huhu.
Okeylah, malas nak bebel pepanjang,
boleh rujuk resepi kat bawah jika nak cuba!


BAHAN BAHAN

5 biji telur (boleh juga lebihkan sehingga 10 biji)
1/2 biji bawang besar - dihiris
(kalau suka lebih, letak 1 biji hirisan bawang besar)
5 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit serbuk perasa (jika ada)
minyak untuk menumis dan menggoreng telur

bahan kisar
1 biji bawang besar (boleh ganti 10-15 biji bawang kecil)
3 ulas bawang putih
sedikit belacan (boleh skip jika tiada atau tak suka)


CARA CARA
1. Rebuskan telur sehingga masak. Kemudian, kupaskan dan goreng kedalam minyak penuh sehingga keemasan. Angkat dan toskan.
2. Didalam kuali, masukkan minyak untuk menumis dan panaskan. Jika sudah panas, masukkan bahan kisar dan cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan bawang besar yg dihiris dan gaul rata. Perasakan dengan garam, gula, air asam jawa dan serbuk perasa. Gaul rata. Masukkan pula telur yg digoreng tadi dan gaul sebati. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

ENJOY!

3 comments:

Iman Wildan said...
This comment has been removed by the author.
Cida de' Nuanza said...

mmg lauk ni juga kite buat bila buntu x tau sank masak apa...laku je selalunya...

A.B.M said...

[cida]
tulah, mmg akan laku! Makan dengan kicap lg bertambah umphh! :)