Monday, June 17, 2013

Resepi 256 : Biskut Mama Carey : Bahang Raya Menjelma!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Pejam celik pejam celik,
lebih kurang lagi 3 minggu kita akan berpuasa.
Sangat cepat masa berlalu.
Tak sedar pon kan.
So, bila puasa tu, mesti lah akan ada bulan syawal.
Bagi kita rakyat Malaysia,
bukan main lagi banyak aneka rupa biskut raya.
Mama Carey ni adalah salah satu biskut
yang boleh dikatakan "wajib" ada
pada setiap pintu rumah.


ABM sangat suka jugaklah biskut Mama Carey ni.
Disamping namanya yg sangat unik,
rasa biskut ni pon sangat sedap.
Berlemak2 gitu.
Sebab ada dicampurkan dengan sedikit susu tepung.
Bahan2 sangatlah mudah.
Tinggal tunggu kerajinan je utk buat biskut ni.
Resepi ABM rujuk pada blog Pn Azlita.
Tapi ABM tak pandai sangatlah nak meng"icing"kan biskut ni.
Nampak comot.
Takpelah, bole cuba lain masa nnt.


BAHAN BAHAN

200g butter
100g gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil vanilla esen

bahan diayak
260g tepung red rose atau tepung gandum
50g susu tepung
50g tepung jagung

bahan royal icing
1 biji putih telur
90g gula icing
1 sudu besar tepung jagung


CARA CARA

doh biskut
1. Masukkan butter dan gula kedalam mangkuk. Pukul sebati. Kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sebati.
2. Masukkan bahan yg telah diayak tadi dan masukkan kedalam mangkuk. Uli menggunakan tangan sehingga sebati. Jika doh masih melekat pada tangan, tambah sedikit lagi tepung gandum. Uli sehingga doh menjadi lembut dan tak melekat pada tangan.
3. Rehatkan selama 15 minit didalam peti ais sebelum diterap.

royal icing
1. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian, masukkan gula icing dan tepung jagung dan pukul pada kelajuan maksima sehingga likat. Jika nak mudah, masukkan kedalam piping bag.
2. Asingkan 1 sudu kecil icing dan warnakan dengan pewarna hitam. Ini untuk decorate pada icing nanti.

penyediaan
1. Panaskan oven 150c.
2. Canai doh biskut tadi dan terap acuan yg digemari. Bakar selama 15 minit.
3. Bila dah siap, biarkan sejuk dahulu. Bakar biskut batch yg seterusnya.
4. Biskut yg dah sejuk tadi diletakkan icing diatasnya. Kemudian, dicorakkan dengan bentuk yg digemari. Kemudian, bakar didalam oven selama 5 minit untuk keringkan icing dan dalam masa yg sama memasakkan lagi biskut tersebut. Buat sehingga habis. 
5. Sejukkan dahulu sebelum disimpan didalam bekas.

ENJOY!

3 comments:

Mat Gebu said...

Pasaipa ghajinn sangat nihhh!!...hmmm.... (*___^)

A.B.M said...

hihi. tekak ni mintak sumbat mama carey pulakk. :D

Moonirah said...

feveret niii..tp jarang dah la tgk org juai..klu da pun tak bape sedap..hehe...