Saturday, May 4, 2013

Resepi 236 : Chocolate Soft Cheesecake - Penderhakaan itu perlu

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Thanks to Pejo sebab tolong pegangkan. hihi

Wah2, bukan main lagi tajuk ABM harini.
Tak baik tau nak derhaka2 ni.
Eh2, jgn salah sangka pulak ye.
ABM tujukan kepada penderhakaan terhadap resepi.
haha
Bila kita ni dah suka sangat memasak ni,
sekali sekala perlu utk derhaka resepi.
Asalkan ianya nampak inovatif dan menarik.
ABM derhaka resepi Light Cheesecake yg pernah ABM
buat tempoh hari.
Tapi tak bnyk pon yg derhaka.
ABM cuma tambahkan coklat je kat dalam tu.


Resepi asal ABM rujuk dari blog kak hasue
ABM suka sangat dengan texture kek ni.
Sangat lembut.
Dan lagi sedap bila disejukkan dalam peti ais.
Dah la lembut2 gitu,
ditambah lagi dengan kesejukan kek ni.
Memang umphh lah!
Tak percaya? kenalah cuba
Kata kawan ABM yg merasa kek ni semalam,
yg ada perisa coklat lebih "kick" lah
daripada soft cheesecake yg biasa.
Dia kata lah.
ABM just bg review je apa dyorang cakap.
So, sesape yang nak cuba,
boleh rujuk resepi dibawah.
Kali ni ABM sertakan cara cara bergambar
camne nak buat kek ni.


BAHAN BAHAN
(Loyang 20cm)

300ml susu segar
160g cream cheese - dilembutkan
3 biji telur - diasingkan putih dan kuning
110g gula kastor
1 sudu kecil vanilla esen
80g tepung gandum
30g cocoa powder
110g mentega


CARA CARA


1. Panaskan oven 180c dan sediakan loyang 20cm dilapik dengan baking paper.
2. Masukkan susu kedalam periuk. Panaskan sehingga suam.
3. Masukkan pula cream cheese kedalam periuk. Kacau sehingga cair dan sebati.
4. Masukkan pula mentega. Kacau sehingga cair. Kemudian, matikan api dan ketepikan seketika.
5. Masukkan 2/3 daripada gula kedalam periuk. Kacau rata.
6-7. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan pukul sehingga berkrim. Kemudian, masukkan adunan susu dan cream cheese tadi kedalamnya dan kacau sebati.
8-9. Ayakkan cocoa powder dan masukkan kedalam mangkuk tadi. Kemudian, ayakkan pula tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati.
10. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
11-13. Didalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan lebihan gula tadi sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kental (hard peak)/ Rujuk gambar 13.
14. Masukkan 1/3 daripada putih telur kedalam adunan coklat. Kaup balik adunan sehingga rata. Kemudian, masukkan baki putih telur dan kaup balik sehingga sebati. 
15. Masukkan kedalam loyang dan bakar dengan cara waterbath selama 50 minit atau sehingga kek masak. Bila dicucuk dengan lidi, tiada adunan yg cair melekat padanya. Sejukkan dahulu sebelum dihidang. ABM sejukkan sebentar di luar. Kemudian, sejukkan pula didalam peti ais. Memang umphh rasanya!

Selamat Mengundi
&
ENJOY!

4 comments:

faa.rosli said...

Waaaa...terasa cair dlm mulut ni...

Anonymous said...

salam abm..saya nak tau la.kalau buat waterbath guna oven biasa yg guna rod sebagai pemanas okay ke..?risau la plak nanti rod terkena wap terus rosak

#amienaziz

A.B.M said...

[faa]
mmg cairlah! hahaha

A.B.M said...

[amienaziz]
rasanya ok je kot. sbb sekadar wap air. tp ABM tak pasti jugalah. Kalau ade buku cara penggunaan tu better baca dulu. ABM tak pakai oven jenis tu. so, tak tau sgt. huhu