Sunday, March 31, 2013

Resepi 225 : Macaroon

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah ABM dah kembali semula
ke negara matahari terbit ni
untuk memulakan sesi 'persekolahan' yg baru.
Syukur dah naik tahun ke3 disini.
Mudah mudahan segala urusan dipermudahkan oleh-Nya.
Aminn
Sebenarnya rumah ABM tak de connection internet lagi.
Maklumlah kene pindah ke rumah.
Sebelum ni ABM duduk di asrama.
InsyaAllah after 9hb april nanti rumah ABM dah ade internet.
So, boleh la nak mengupdate resepi laju sikit.
Sekarang ni pon ABM tumpang internet rumah senior yg dekat sini.
so, boleh la nak update resepi.


Okeylah, kali ni ABM buat macaroon!!
Sebelum ni ABM dah penah buat,
tapi tak berjaya.
Sebabnya ABM ade terskip satu step utk buat 
macaroon ni.
Lama juga ABM merajuk dengan macaroon ni.
Hampir setahun lebih.
So, kali ni baru teringin nak buat.
Untuk resepi ni,
ABM rujuk dari blog Pn Azlita Masam Manis.


BAHAN BAHAN

80g putih telur - anggaran 2 biji telur saiz L
60g gula kastor
80g serbuk almond
140g gula icing
serbuk pewarna - ikut suka (pastikan yg serbuk ya)


CARA CARA

1. Sebelum memulakan kerja, ambil baking paper dan lukiskan bulatan sebesar 20 sen. ABM malas sikit harini, so ABM skip step ni.
2. Satukan serbuk almond dan icing sugar. Ayakkan dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, putarkan putih telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit gula kastor. Putarkan sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.
4. Masukkan 1/4 daripada campuran gula icing dan serbuk almond tadi kedalam putih telur. Gunakan spatula dan kaub balik adunan sehingga sebati. Masukkan lebihan campuran tadi dan kaup balik sebati.
5. Bahagikan dua adunan tersebut jika nak buat dua warna. Adunan ni sikit jer, jadi tak boleh nak buat banyak warna.
6. Masukkan serbuk pewarna kedalam adunan dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan adunan ke piping bag dan paipkan diatas baking paper. Pastikan ada jarak lebih kurang 1 inci antara macaroon. Buat sehingga habis.
7. Cucuk gelembung udara dipermukaan macaroon dengan lidi.
8. Rehatkan macaroon yang dah dipaip tadi selama 30-45 minit atau sehingga permukaan atas macaroon sudah kering. Jika disentuh dengan tangan, adunan macaroon tidak melekat pada jari.
9. Panaskan oven 140c.
10. Bakar macaroon selama 15-20 minit. ABM bakar selama 15 minit. ikut oven masing2. Sejukkan dahulu sebelum alihkan macaroon daripada baking paper.
11. Letaklah filling yg digemari. ABM letak nutella jer. Siapp!!

ENJOY!

11 comments:

syapex said...

hijau & pink...
i like....

Cheq Sue said...

wahhhh...berjaya! akak jugak lah, dekat 9 kali buat tak dapat2 lagi, asyik tak jadi aje, cuma tak membazir lah, tak jadi pun boleh makan lagi... :)

Nour Aien said...

waahhh perfect! Jelesnyaaa pandai buat. Nampak orang lain buat macam senang tapi saya buat dah 2x tak jadi. macam nak give up pon ada -.-'

ekin razly said...

macam best jek
nak buat laa nanti :D

InIamIz4 said...

wahh! macaroon! sedapnyaa. penah buat skali tapi cm ABM jgk, terskip 1 step..langsung x jd.. n merajuk jgk sampai hari ni x buat dah.. :p

Anonymous said...

klu tak da penimbang mcm mne??

buble cupy said...

Abm..kertas myk tu xyah ltk planta ye..?patut la sy bt x jdi..rs mcm x puas ati je bla x jd..huhuh..

Safia Lavigne said...

Kaedah kaup balik tu macam mane ek? Saya dah try buat 2 kali. Ikut semua resipi dan cara² mcm ABM bagi nih. Says tggu sampai 1 jam permukaan macaroons tu melekat lagi kat jari. Kenape eh? Mintak tunjuk ajar

Zilah Zan said...

Sedpnya...

Nazyrah Mohamad said...

wahhh..sdp nya..

Barbie Chiu said...

Taking risk is not bad as long as you know that you can handle it right and make sure you don't regret at the end. Visit my site for more information and thanks for your wonderful article it did helped me a lot.

triciajoy.com

www.triciajoy.com