Thursday, February 14, 2013

Resepi 216 : Granola Bars

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Tak sabar rasenye nak balik malaysia
next week!!
Tapi kalau ABM dah balik malaysia,
faham2 jelah ye,
blog ni akan berhabuk sikit.
hihi.
Maklumlah kalau dah balik tu
mesti lah nak makan masakan mak.
Masakan mak tak de tandingan.
^^


Okeylah, hari ni ABM buat granola bars.
Sebenarnya nak abiskan oats yg ABM beli haritu.
Kalau tak abiskan membazir pulak kan.
Okeylah, untuk resepi ni ABM rujuk kat blog Laura Vitale.
Memang mudah.
Dan yang paling penting sedap.
Cam biasa, lau nak try,
tengok2 lah resepi kat bawah.
*pssstt, watermark ABM dah tukar. Takde dah fancy2 ni. Dewasa sikit. ^^*


BAHAN BAHAN
(8inch x 10inch)

2 cawan old fashioned oats
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil cinnamon powder
secubit garam
2 cawan mixed nuts and dry fruits
(ABM guna almond, raisins, dry apricots, dry figs)
1/3 cawan butter
1/2 cawan madu
1/4 cawan brown sugar
sedikit esen vanilla


CARA CARA

1. Panaskan oven 180c.
2. Didalam mangkuk besar, satukan oats, tepung gandum, baking soda, cinnamon powder, garam, mixed nuts dan dry fruits. Gaul sebati.
3. Didalam saucepan, masukkan butter, madu, brown sugar. Masak dgn menggunakan api yg sederhana sehingga butter cair dan gula larut. Matikan api dan masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
4. Masukkan kedalam oats dan gaul sebati. Masukkan campuran kedalam loyang yg sudah dilapik dengan baking sheet. Tekan sedikit supaya mampat dan rata. Bakar selama 25-30 minit. Jika permukaan granola taknak perang sangat, pada minit yang ke 15, lapik dengan aluminium foil. Biarkan sejuk sepenuhnya (lebih kurang 3 jam) sebelum dipotong.

ENJOY!

11 comments:

faa.rosli said...

ni bepang org putih ke?hehehe...
selamat balik malaysia n cian watermark chef comel da xde...huhuhu

aima said...

senang je ni, bole tiru chef ni esok lusa....

A.B.M said...

[faa]
haha. orng putih sgt. :D

Thanks btw! :)

A.B.M said...

[aima]
yup2 senang je. lau mls nak sarapan, buat ni siap2, makan la 1-2 ketul. :)

Cheq Sue said...

mesti dah tak sabar tu nak tunggu next week... selamat berholiday la ya... :)

A.B.M said...

Tengs che sue. :)

Iman Wildan said...

ABM, order 1 jar usung balik malaysia! hehe..=P

A.B.M said...

usung jar? ape tu?

Mummy Ayda said...

salam ABM,
wow ni boleh buat sarapan on the go ni......nanti mummy cuba ye...... selamat bercuti ABM...:))D

A.B.M said...

Thanks mummy. :)

Ira said...

Sy baru ikuti blog ni.. Sgt osem. Thx sb sudi share semua resepi bes2