Tuesday, February 12, 2013

Resepi 215 : Napolitana Pizza

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni nak makan special sikit
Sebab dah lama teringin nak makan pizza
So, harini ABM pon terajin lah buat pizza ni.
Lagipon, exam harini waktu pagi tadi je,
so, ade lah mase nak buat doh pizza sume tu.


Tapi, untuk sos ABM cuma pakai yg readymade je
senang je kan. haha
ABM pakai napolitana sauce.
So, jadilah napolitana pizza.
Cume ade lah beberapa bende yang ABM tambah kat atas tu.
Resepi doh ABM rujuk kat blog resepi Laura Vitale.
Sangat sedap!
So, sesape yang nak buat, try lah resepi kat bawah.
Untuk topping tu suka hatilah nak letak ape pon yg suka.
You name it.
Untuk resepi doh kat bawah ni ABM buat 2 keping saiz sederhana.
Oven ABM takdelah besar pon.
Tapi, sesape yang ade built-in oven kat rumah,
boleh lah buat 1 saiz yg besar.


BAHAN BAHAN
( 2 keping saiz sederhana / 1 keping saiz besar )

doh pizza
1 3/4 cawan tepung roti / tepung gandum
secubit garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar olive oil
1 sudu kecil yis
100ml air suam (40-45℃)

topping
1 paket (260g) napolitana sauce
fishcakes - dipotong kecil
lada besar - dihiris
mozzarella cheese (atau apa2 cheese yg mencair) - secukupnya


CARA CARA

doh pizza
1. Satukan air suam dan yis. Biarkan 5 minit sehingga yis aktif. Jika bekerja dengan yis, air jangan terlalu panas. Jika terlalu panas akan mematikan yis. Dan jangan juga terlalu sejuk. Suhu hendaklah 40-45℃.
2. Satukan bahan doh yg lain didalam mangkuk. Gaul sebati. Masukkan yis yg dah aktif kedalam bahan tepung tadi dan uli sehingga lebih kurang 10 minit. Jika terlalu kering, tambah lagi air. Jika terlalu lembik, tambah lagi tepung.
3. Bahagikan dua bahagian doh (jika nak buat satu, tak payah bahagikan) dan letakkan didalam mangkuk yg digris dengan minyak. Salut doh tadi juga dengan minyak. Wrapkan dengan plastik wrap dan biarkan mengembang selama 60-90 minit. 

penyediaan
1. Panaskan oven 220c
2. Untuk cara mencanai, boleh je pakai pencanai kayu tu, ataupon guna tangan. Nak lebih jelas, tengok video Laura Vitale ni dan skip pada minit ke 10 :


3. Masukkan topping diatasnya dan taburkan cheese. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan roti pizza tersebut.

ENJOY!

3 comments:

faa.rosli said...

oke tip pasal yis tu sangat membantu. patut laa roti faa xnaik aritu, faa rendam yis dgn air panas..hehehe..

btw mmg nmpak sedap pizza ni n ni laa resepi doh pizza yg paling simple. terus copy n masuk list..huhuh

A.B.M said...

tulah, memng kene suhu yg suam2 je. dulu ABM penah jugak guna air panas. memang tak menjadi. Rupanya ade masalah kat yis. :) ni dah tau tips, senang lah nak buat roti pasni.

yup2, mudah je bahan2 doh tu. :)

iTeK_bEt@k said...

alep...balik malaysia buatkan pizza ea...hihi