Tuesday, November 27, 2012

Resepi 181 : Bunga Kobis Goreng

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Menu hari ni ABM buat menu mudah je
Sesuai untuk minum petang.
Time sejuk2 ni,
Memang sesuai lah nak makan bende2 bergoreng
dan panas ni.


Suhu sekarang memang bawah 10'c
Dan ade jugak lah cecah sampai -2'c
Tadi jugak snow mula turun.
Agak cepat gak lah sebab belum bulan 12 lagi.
Okeylah, berbalik pada menu hari ni,
ABM rujuk dari blog My Kuali.
Thanks sgt for the recipe
Jadi, sesape yang nak try tu,
boleh lah jenguk2 resepi bawah ni.


BAHAN BAHAN

1 biji bunga kobes - dipotong kecil (Kalau besar, guna 3/4 biji je)
1 biji telur
2 sudu air
3 sudu besar tepung jagung (guna tepung beras pon ok kot)
2 sudu besar tepung gandum
sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
1 genggam breadcrumbs
1-2 sudu besar biji bijan
minyak untuk menggoreng

CARA CARA
1. Panaskan minyak. Satukan telur dan air. Kacau sebati. Didalam mangkuk lain, satukan tepung jagung, tepung gandum, lada sulah, lada hitam dan garam. Gaul sebati. Ketepikan. Dalam mangkuk lain lagi, satukan breadcrumbs dan bijan. Gaul sebati.
2. Ambil potongan bunga kobes dan celup kedalam telur. Golekkan pula diatas tepung. Golekkan lagi kedalam telur. Akhir sekali golekkan kedalam campuran breadcrumbs dan bijan. Masukkan kedalam minyak panas. Goreng sehingga garing. Buat sehingga habis.
3. Toskan dan siap dihidang bersama sos kegemaran.

ENJOY!

4 comments:

Moonirah said...

eh..interestingnya! tak pnh lak wat bunga kubis style cmni

imNOTmasterchef said...

Try la.
Makan depan TV sedap tu.
hihi :)

Diana said...

Nak cuba jugak......ambil resepi ye...? Tq.tq...tq..

Best nyer leh merasai pengalaman snow di negara orang..

Saya kat sini, pergi snowalk kat I-City je 2 minggu lepas... Tapi sejuk yang tak real...
Orang kata sejuk macam duduk dalam peti ais je.... Ais dia beku je... Tak leh rasa sebetul2 snow tuuu... yang macam air batu parut tu...mmm..

Kat sane mesti sejuk gilerr kan...? Selamat melalui musim sejuk.. Kat Malaysia tengah musim hujan nih... Alhamdulillah..

imNOTmasterchef said...

Most welcome diana. :)

Utk tahun ke2 rase winter ni seronok juga lah. tapi seksa jugak nak pgi kelas pepagi. sejuk ya amat! nak bangun tu bukan main susah. haha.

Tapi malaysia skrng musim durian. bestnye! huhu. teringin nak buat n makan durian crepe. huhu