Saturday, September 22, 2012

Resepi 139 : Caramel Almond Yogurt Cheesecake

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera

Alhamdulillah ABM dah sampai di bumi sakura nih.
Syukur sgt2.
Ini bermakna
ABM kembali kepada zaman memasak sendiri.
-.-"


Baiklah, hari ni ABM buat kek
Sebenarnya kek ni utk majlis esok.
Sebab akak As sekeluarga akan pulang
ke Malaysia 26hb ni.
Sobsob
Hopefully akan bertemu kembali kat Malaysia nnt.
Kalau datang jepun lagi,
singgah la Yamagata ni.
hihi


Okeylah,
Kek ni sebenarnya ABM gabungkan daripada
2 resepi yg berbeza.
Untuk idea kek ni, ABM amik dari blog Dulce Delight.
Sangat Tempting kek yg dy buat.
Host nye pon sgt entertaining!
Tapi, bila ABM tgk resepi, 
mak aihh bnyk gila guna cream cheese.
Boleh kayap weh lau ikot resepi tu.
So, ABM carilah resepi cheesecake lain
yg hanya guna sedikit cream cheese.
Belek punya belek dapat lah resepi dri blog Jintan Manis
Thanks kak ros sbb sudi kongsi resepi yg tak guna bnyk cream cheese.
kehkeh.


ABM rasa sikit kek ni. Amik yg tepi2 dy tu. hihi
Rasenye sedap. Tak manis sgt.
dan kek ni juga lembut.
Sebabnya nnt akan gunakan meringue kedalam kek ni
That's why akan jdi lembut.
meringue ni kepada sesape yg tak tahu,
adelah putih telur yg dipukul dengan gula sehingga gebu ya.

BAHAN BAHAN
(20cm)

base
40 keping biskut ritz (apa2 biskut kegemaran)
3-4 sudu besar mentega (dicairkan)
3 sudu kecil koko powder

cake
180g plain yogurt/natural yogurt (yg sudah ditapis utk diasingkan airnya)
60g gula kastor
120g tepung gandum (diayak)
180g cream cheese (dilembutkan)
4 biji kuning telur
200ml whipping cream
utk meringue
4 biji putih telur
80g gula 

caramel sauce and topping
3/4 cawan gula
3 sudu besar air
12 sudu besar whipping cream/heavy cream
almond secukupnya

*utk plain yogurt. ABM guna 400g. Bila tapis, ABM dapat 180g plain yogurt*

CARA CARA
 base
1. Kisar biskut dan koko powder dalam food processor. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk sekali dengan mentega cair. Gaul sebati. Masukkan kedalam loyang springfoam dan tekan sehingga mampat.
2. Masukkan kedalam oven 180c selama 15 minit.

cake
1. Panaskan oven 160c. Didalam mangkuk. putar cream cheese dan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur. Putar sehingga gebu. Kemudian masukkan plain yogurt. Putarkan sebati.
2. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit. Putar sehingga sebati. Setelah itu, masukkan whipping cream. Putar sebati.
3. Didalam mangkuk lain, putarkan putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan putar sehingga kental. Putih telur tak tumpah apabila diterbalikkan.
4. Masukkan kedalam adunan berisi cheese tadi dan kaup balik adunan. Masukkan meringue sedikit demi sedikit. Jangan overmix adunan. Masukkan kedalam loyang yg ade base tadi dan bakar selama 70-80 minit menggunakan teknik waterbath. ABM bakar selama 75 minit. Setelah siap. sejukkan diatas redai dahulu setelah itu barulah masukkan kedalam peti ais sekurang2 nya 3-4 jam sebelum dihidang ataupon semalaman.

caramel sauce dan topping
1. Didalam saucepan, masukkan gula dan air. Masak dan kacau gula tersebut sehingga keperangan. Jika gula dah start perang, jangan kacau lagi. Hanya gerakkan sahaja saucepan tersebut sehingga warna caramel menjadi coklat keperangan. 
2. Setelah itu matikan api dan masukkan cream kedalamnya. Kacau dengan kadar segera sehingga sebati. Biarkan sejuk dahulu sebelum dituiang diatas kek. 
3. Untuk almond, cincang kasar dan tabur diatas kek. Boleh jika nak dipanggang dulu almond tersebut.

*Caramel sauce boleh dibuat semasa menunggu kek masak. Senang sikit keje. hihi*

ENJOY!

5 comments:

lina said...

Salam kenal...ya allah teruja nya cake ni...sgt menarik dan nampak sedap serta kurang manis

MamaFaMi said...

Meleleh je mama tengok caramel yang meleleh tu... ish ish ishhhhh...

i'mNOTmasterchef said...


Yup, kek ni kurang manis. Tapi bila tmbh dgn caramel atas tu jadi seimbang lah rasenye.
:)

i'mNOTmasterchef said...


try lah mama. :)

faa.rosli said...

mcm lebih kurang je kek kita..hihihi

http://faafeefoo.blogspot.com/2012/12/butterscotch-cheesecake.html