Thursday, August 9, 2012

Resepi 133 : Shrimp Mayonnaise a.k.a EbiMayo

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera



Hari ni kerajinan tu datang balik.
Tapi xdelah rajin mane pon,
buat menu simple je nih.
Udang je.
Tahap kemalasan nak buat lauk pauk tu mmg la malas.
Buka pon ngn nasi kosong+telur+kicap
Tu pon dah Alhamdulillah.



Okeylah, untuk resepi ni ABM tgk kat youtube channel ochikeron
Menu yg dy buat semua simple dan cantik2.
So, sesape yg suka video dy tu,
bolehlah subscribe hihi
ceh, promote lak.
Actually Shrimp Mayonnaise ni sgt popular kat japan.

Jom tengok bahan2 untuk buat menu nih.



BAHAN BAHAN
(4 cucuk - 1 cucuk 3 udang)

12 ekor udang besar - ABM guna udang kecik je
1 sudu besar madu (substitute wine yg dy guna)
garam dan lada hitam
2 sudu besar cornstarch (tepung jagung pon ok kot)
1 sudu besar minyak masak
3 1/2 sudu besar mayonis
1/2 sudu besar sos tomato
2 sudu kecil brown sugar (gula putih pon ok)

CARA CARA
1. Kupaskan kulit udang dan buangkan tahi di belakang badan udang. Buat pada kesemua udang. Basuh dan keringkan udang guna towel / kitchen paper. Letakkan didalam mangkuk.
2. Perasakan udang dengan madu, garam dan lada hitam. Gaul sebati. Kemudian, masukkan cornstarch dan gaul sebati.
3. Masukkan pula minyak masak dan gaul sebati.
4. Gunakan suhu 200c dan bakar selama 7-8 minit atau sehingga udang masak. (letakkan di bahagian paling atas)
5. Sementara tunggu udang masak, buatkan sosnya. Masukkan mayonis, sos tomato dan gula. Gaul sebati. Bila udang dan masak, masukkan kedalam sos dan gaul sebati. Boleh dihidang mcm ABM buat. Cucukkan 3 ekor udang dengan lidi. Buat sampai siap.

ENJOY!

2 comments:

JawahirAbdullah said...

salam alaik'

Hamnba Allah, mohon share resepi buat Pavlova boleh?
dah lama nak buat tapi takde kekuatan, takut tak menjadi.
(=_=)'

terima kasih, selamat berpuasa Hamba Allah. :)

i'mNOTmasterchef said...
This comment has been removed by the author.