Wednesday, July 25, 2012

Resepi 124 : Lontong Kuah Lodeh ala Perantau

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Agak stress minggu exam ni.
Tapi ABM dah tak kesah dah.
Rindu sesangat dengan Malaysia nih.
Dalam masa lagi 3 minggu lagi ABM akan balik Malaysia.
Makin tak senang duduk la jawabnya nih.


Okeylah, ABM belek2 blog Che Mat
ade lah resepi lontong nih.
Thanks ye che mat.
Juadah berbuka puasa ABM hari ni.
hihi
Tapi untuk resepi nasi impit ABM ikot resepi kat sini
Untuk kuah lodeh tu, macam biasa lah,
kat perantau kan.
Bahan2 tu terhad. So guna apa yg ada je.


ABM jugak nak berterima kasih
kat senior ABM kat sini
Sebab hari tu dia ajar ABM camne nak buat sambal tumis
hihihi.
Bukannya ABM tak reti nak buat,
tapi ABM sgt suke sambal tumis yg dia buat.
Sedap gila.
Kalau kat sini memang dia champion lah buat nasi lemak especially.
Kalau rajin, klik lah blog dy nih.
Tapi blog dy bukan la blog resepi,
tapi blog photography.
Boleh la jenguk2 tengok gamba2 dy amik
Memang meletop lah semua gamba2 dy.
hihi


Okeylah sesape yang nak buat ni
jom tengok bahan2 yg digunakan.

BAHAN BAHAN
(2 orang)

nasi impit
1 cawan beras
4 cawan air
garam secukupnya

kuah lodeh
1/8 biji kobes - dihiris
1 batang lobak merah - dihiris panjang
150g lobak putih - dihiris panjang
70g kacang panjang - dipotong serong
200g tauhu - dihiris
1 cekak soo hoon - dikerat dan direndam sehingga lembut
1 batang serai - dititik
1/2 inci lengkuas - dititik
600ml santan cair 
200ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa

dikisar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 1/2 sudu kecil kunyit serbuk (1/2 inci kunyit hidup)
1 sudu besar udang kering
1/2 sudu besar ketumbar biji
1/2 teh jintan manis

tambahan
sambal tumis
telur rebus
kuah kacang - ABM tak buat

CARA CARA

nasi impit
1. Masak nasi seperti biasa. Jika dah siap, masukkan kedalam bekas yg sesuai dan tekan kan sehingga jadi seperti nasi impit. Biarkan sejuk sebelum dihidang.

kuah lodeh
1. Panaskan sedikit minyak didalam periuk dan tumis serai dan lengkuas sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak. Tuang santan cair, lobak merah, lobak putih kedalamnnya dan biarkan sehingga lobak agak lembut. Kemudian, masukkan kobes, kacang panjang, tauhu, soohoon dan biarkan masak sekejap.
2. Tambah santan pekat dan perasakan garam dan gula. Kacau perlahan dan biarkan mendidih dengan api perlahan. Bila dah ok, matikan api dan siap dihidang.

Enak dihidang sekali dengan bahan2 tambahan.

p/s : untuk kuah lodeh ni boleh makan untuk 4 orang rasenye. Tapi ABM nak buat utk berbuka esok sekali sebab esok agak busy. hihi

ENJOY!

No comments: