Friday, July 13, 2012

Resepi 114 : Pandan Strawberry Chiffon Cake


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Tadi tengok update kat blog 
ade entry baru pasal kek chiffon nih.
Sebelum ni ABM ade gak buat chiffon cake nih
Tapi tak pernah terpikir nak gabungkan 2 element nih
So, hari ni try buat!


Tapi untuk resepi ABM tak ikot dari blog My Kitchen Snippets tu.
Tapi ABM rujuk resepi kat blog ni jugak.
Tapi, ada perubahan untuk berat.


Sebelum ni ABM buat tapi ade sedikit lebihan adunan.
Maklumlah, bekas yg ABM pakai tak besar.
Kecil saja.
Jadi, untuk tak membazir,
ABM pon alter la sikit daripada resepi tu.


BAHAN BAHAN
(18cm)

Bahan A (diayak)
115g tepung kek
3/4 sudu kecil baking soda

Bahan B
3 biji kuning telur
55g gula 
secubit garam

Bahan C
65ml minyak sayuran / minyak jagung
85ml susu segar

Bahan D
3 biji putih telur
55g gula
1 sudu kecil jus lemon / cream of tartar

Bahan E
1/2 sudu kecil pewarna merah/pink
1 sudu kecil perasa strawberry
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perasa pandan

CARA CARA

1. Panaskan oven 170c
2. Putarkan bahan B sehingga kembang dah pucat. Kemudian masukkan minyak dan teruskan putar sehingga sebati.
3. Masukkan susu segar dan putarkan sebati. 
4. Gunakan spatula, masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kaup balik sehingga sebati.Kaup balik jgn terlalu lama. Jangan OVERMIX adunan tersebut.
5. Putarkan bahan C sehingga kental. Masukkan separuh adunan putih telur kedalam adunan (4) tadi. KAup balik sehingga sebati. Kemudian, masukkan adunan ini kedalam lebihan adunan putih telur tadi. Kaup balik lagi sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
6. Bahagian pertama, masukkan pewarna hijau dan perasa pandan. Kaup balik sebati. Bahagian kedua masukkan perasa strawberry dan pewarna merah. Kaup balik sebati.
7. Didalam loyang chiffon, masukkan separuh adunan hijau dan ratakan. Masukkan pula adunan merah. Ratakan. Ulang dengan kaedah yg sama untuk lebihan adunan.
8. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga kek masak (kalau cucuk lidi, lidi keluar bersih). Sejukkan diatas redai (dengan keadaan loyang diterbalikkan) sehingga sejuk. Barulah boleh dipotong.

ENJOY!

2 comments:

♥ Cik Zack ♥ said...

haduiyaiii terliurrr tgkkk T__T

i'mNOTmasterchef said...

hihi,
jom kedapur cik zack.
:D