Wednesday, July 4, 2012

Resepi 105 : Ayam Masak Lemak Hijau


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni sebenarnye teringin nak buat
ayam masak lemak cili padi
TAPI, kat jepun xde cili padi.
Yang ade cume cili yg tak pedas.
Walaupon rupe mcm cili padi.


Sebab tu lah aku namakan lemak hijau.
Takdelah pedas sgt
and guna cili hijau.
Ni yang membuatkan nak balik malaysia cepat2 nih
RINDU sgt nak makan pedas2.
huhu

Okeylah, sesape yg nak try tu,
jom tgk bahan2 yg aku guna.
Tapi, yg aku akan tulis ni utk portion family.
Sebab aku buat sikit je kan.
Takkan lah nk tulis resepi utk sorang makan kot.
hihi

Aku rujuk resepi che mat,
tapi aku ubah ikot kesesuaian bahan yg ade kat sini.


BAHAN BAHAN
(4-5 orang)

600g ayam - yg dh siap dipotong
3 biji kentang - dikupas  dan dipotong (kalau nk lebih boleh tambah)
2 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
200ml santan pekat
500ml santan cair
1 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa

dikisar bersama
3/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil kunyit (serbuk)
1 sudu kecil biji ketumbar
15 batang cili hijau (aku guna saiz kecil)
*kalau ade cili padi lg syok*

CARA CARA

1. Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Tumis serai dan lengkuas sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan2 yg dikisar. Tumis juga sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. Biarkan seketika sehingga ayam kecut sedikit. Kemudian, masukkan kentang dan gaul sebati. Masukkan santan pekat dan santan cair. Biarkan sehingga mendidih.
3. Bila kentang dan empuk, masukkan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula. Jika sudah ok, matikan api dan siap dihidang!

ENJOY!


No comments: