Sunday, May 6, 2012

Resepi 51 : Ayam masak Lemak Cili Kering Perantau


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Ayam halal yang ditempah dah pon sampai.
Jadi, bolehlah nak buat lauk sikit.
Actually nak buat lemak cili api.
Tapi, cili api xdelah.
So, gantikan dengan cili kering.
Alhamdulillah menjadi.

Tapi, resepi nih aku tambah word 'perantau'.
Sebabnye, barang2 yang tak cukup.
Guna jelah ape yang ade kat sini.


BAHAN BAHAN (untuk 2-3 orang)

1 mangkuk ayam boneless
1 batang serai - diketuk
1 keping asam keping / asam jawa
500ml santan
sedikit gula, garam dan maggie cukup rasa
1 helai limau purut (optional)
minyak untuk menumis
sedikit serbuk cili

dikisar
10 batang cili kering
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu kecil serbuk kunyit

CARA CARA

1. Panaskan kuali bersama minyak. (Minyak jgn sikit sgt sbb takut cili tak masak.) Masukkan bahan kisar dan serai. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam hampir masak.
3. Masukkan asam keping / asam jawa dan daun limau purut. 
4. Kemudian, masukkan santan. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian, perasakan dengan gula, garam dan maggie cukup rasa. (lau xde maggie cukup rasa, bole skip).
5. Jika kurang pedas, masukkan sebuk lada. Ikut tahap kepedasan yang disukai. 
6. Siap dan enak dihidang dengan nasi panas! 

ENJOY!

No comments: