Wednesday, May 2, 2012

Resepi 49 : Pandan Chiffon Cake


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera



Memandangkan hari ni xde kelas lagi,
buatlah chiffon cake.
Lagipon bukan untuk makan hari ni pon.
Tapi untuk esok.
Sebabnya ade program kat Ibaraki.
Alang2 jumpe kawan2,
buat la cake nih.
Actually aku buat 2 biji.
So, gandakanlah bahan2 yang digunakan tu.

Ni bahan2 untuk sebiji kek chiffon.
Aku rujuk kat sini.


BAHAN BAHAN (18cm)

bahan A (diayak 3 kali)
150g tepung kek superfine (tepung gandum pon xpe)  
1 sudu kecil baking soda

bahan B
4 biji kuning telur
70g gula kastor
secubit garam

bahan C
85ml minyak jagung (aku guna minyak sayuran)
115ml jus pandan
1 1/2 sudu kecil perasa pandan -aku ganti nih
1 sudu kecil warna hijau -aku ganti nih
110ml susu segar / santan-aku ganti nih

bahan D
4 biji putih telur
70g gula halus
1/2 sudu kecil cream of tartar
1 sudu kecil jus lemon -aku ganti nih

CARA CARA

Panaskan oven 170c.

1.Didalam mangkuk besar, putarkan bahan B sehingga kembang. Kemudian, masukkan minyak dan teruskan putar sehingga sebati dan kembang. 
2. Masukkan perasa pandan, warna hijau dan susu segar. Putar sehingga sebati. 
3.  Gunakan spatula, masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Kacau dengan kaedah kaup balik.  Kacau sebati. Jangan terlalu lama mengacau.
4. Untuk bahan D, gunakan mangkuk lain yang bersih. Putarkan putih telur dengan kelajuan maksima sehingga berbuih. Masukkan jus lemon dan putarkan. Kemudian, masukkan gula dan putar sehingga kembang dan kental (soft peak). Kalau terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.
5. Masukkan separuh adunan putih telur kedalam adunan pandan tadi. Gunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
6. Kemudian, masukkan adunan (5) tadi kedalam separuh lagi adunan putih. Dengan kaedah yang sama, kacau sehingga sebati.
7. Masukkan kedalam loyang dan bakar sehingga 40-45 minit. 
8. Sejukkan dengan kaedah menelangkupkan loyang chiffon supaya kek tak mendap kot. Setelah itu, bolehlah dihidang. 

tips: Takpayah lenserkan loyang sebab bertujuan supaya kek tadi boleh "memegang" disekeliling loyang.

ENJOY!