Saturday, April 21, 2012

Resepi 37 : Peach Cobbler


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Firstly, aku nk tanye korang,
penah baca novel 5 tahun 5 bulan by Hlovate tak?
Kalau korang penah baca, ni la resepi dari novel tu.
Aku amik resepi ni pon dari my resepi.
Novel tu aku tak bawak lah.

Disebabkan kat market ade jual peach dalam tin.
pastu, murah pulak.
Terus ade idea nak buat nih.


BAHAN BAHAN

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula halus
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/3 cawan mentega *cairkan
1 cawan susu segar
1 tin buah Peach (aku guna yellow peach)
3 sudu besar sirap daripada tin buah peach
1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 
*lau suke letak lah cinnamon
3 sudu besar gula
Aiskrim Vanilla

 CARA CARA

1. Panaskan oven 190c
2. Ayakkan tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sekali gula halus, sirap buah peach dan susu. Gaul sebati.
3. Mentega yang cair tu letakkan dalam loyang yang nak masak.
4. Masukkan adunan tepung tadi kedalam bekas yang berisi mentega.
5. Pastu, susun peach kedalam bekas.
6. Taburkan cinnamon dan gula diatasnya.
7. Masukkan dalam oven selama 45-50 minit atau sehingga keperangan.
9. Bolehlah dihidang dengan Aiskrim vanilla!

ENJOY!

1 comment:

Anonymous said...

Tumpang tanya, kalau kurangkan amount butter tu boleh tak? Sebab nampak macam berlemak sangat. Atau pun kalau tukar butter pada majerin affect rasa dia tak? Thanks:)