Resepi 279 : Chocolate Torte Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ade buat
satu menu kek yang agak ringkas
yet, sangat sedap untuk dinikmati.
Resepi ABM rujuk dari youtube juara masterchef malaysia
musim pertama iaitu Dr. Ezani.
Tapi kak ezani tambah badam kisar didalamnya.
ABM pulak xde stok badam.
so ABM skip je bahan tu.
Tapi, still sedap.
Kalau nak cuba, bolehla rujuk resepi dibawah.


BAHAN BAHAN
(20cm loyang springform)

kek
100g mentega
140g dark chocolate - dipatahkan kecil
6 biji telur - asing kuning dan putih
140g badam (jika letak)
85g gula kastor

ganache
150g dark chocolate - dipatahkan
150g UHT whipping cream/krim memasak


CARA CARA

kek
1. Gunakan kaedah double boiler, cairkan coklat dan mentega didalam mangkuk yang sama. 
2. Masukkan kuning telur, dan serbuk badam kedalam adunan coklat dan gaul rata.
3. Didalam mangkuk lain yang bersih, masukkan putih telur dan pukul sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kental.
4. Kaup balik kedalam adunan coklat sehingga sebati.
5. Masukkan kedalam loyang dan bakar didalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170c selama 35-45 minit. Bergantung pada oven. 

p/s : Jangan risau jika kek mendak kerana kek tidak mempunyai tepung. Jadi, kek memang akan mendak.

Ganache
1. Panaskan krim sehingga mendidih.
2. Masukkan krim kedalam coklat dan tunggu 5 minit. Kacau sehingga cair.
3. Tuangkan ganache keatas kek.
4. Jika ada ganache yang lebih, sejukkan ganache tersebut dan pukul sehingga kembang. Paipkan dan hiaskanlah kek anda.



ENJOY!

Comments

Popular Posts