Resepi 263 : Cheat Cheesecake - Tanpa Cheese!!
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Hari ni insyaAllah bakal ada
makan berbuka puasa bersama2
yg dianjurkan oleh Aki dan Kak Ami sekeluarga.
Alhamdulillah rezeki bulan ramadan.
ABM pula dapat idea nak buat
Cheat Cheesecake ni.
Idea asal ABM dapat melalui
rancangan Masterchef Australia.
One of juri kat dalam rancangan tu
ada buat menu ni.
Sangat lah menarik!
Apa yg bestnya,
Resepi untuk buatnya TIDAK menggunakan
cream cheese ya.
So, untuk sesape yg nak berjimat tu,
boleh la try resepi ni.
Rasanya ABM tak tahu lg sebab puasa kan.
Tapi, menurut kata orng2 yg merasa
makanan ni dalam rancangan tu,
rasanya seakan cheesecake.
So, no wonder lah kan menu ni
dipanggil Cheat Cheesecake.
CAra buatnya pon tak susah.
Bahan2 nya ya ampunnnn,
mudahh sangat.
Tapi ABM ade gak twist sikit daripada
resepi asal.
Tak percaya? jom tengok resepi di bawah.
BAHAN BAHAN
(ABM guna loyang 26cm x 20cm)
Base
190g biskut oreo
70g butter - dicairkan
Cheat Cheesecake
250ml whipping cream
340g condensed milk
(ABM buat manis sangat, so, letak 250g pon dh ok)
(ABM buat manis sangat, so, letak 250g pon dh ok)
1 1/2 biji parutan kulit lemon (2 biji pon ok)
1 1/2 biji jus lemon (2 biji pon ok)
CARA CARA
Base
1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Masukkan butter yg dicairkan dan gaul sebati.
2. Sediakan loyang yg dilapik dengan plastic wrap (supaya mudah dikeluarkan jika tidak menggunakan loyang springform). Masukkan biskut kedalamnya dan tekan-tekankan sehingga rata.
3. Masukkan kedalam peti ais sementara membuat filling.
Cheat Cheesecake
1. Pukul condensed milk sehingga kembang dan pekat. Kemudian, masukkan parutan kulit lemon dan jus lemon. Kaup balik adunan sehingga sebati. Ketepikan seketika.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan whipping cream dan putarkan sehingga kembang (bertanduk). Masukkan kedalam adunan condensed milk tadi dan kaup balik sebati.
3. Masukkan kedalam loyang yg berisi biskut oreo tadi dan ratakan.
4. Masukkan kembali kedalam peti ais selama lebih kurang 3 jam atau sehingga kek benar2 firm. Seeloknya semalaman. Bolehlah hias ikut citarasa.
ENJOY!
Comments