Tips dan Info : Pie/Tart Doh

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Ehsan Google

Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung dapur ABM
terutama kepada yang beragama islam.
Hari ni ABM tak buat menu yg gempak2
Tapi cuma nak kongsi satu info dan tips 
macam mana nak buat pie doh
yang simple, senang,
dan yang paling penting bila dibakar
memang rangup!

Okeylah, resepi doh ni ABM rujuk
kat blog JoyOfBaking
Kalau ikut resepi kat blog tu,
boleh dapat 2 bahagian doh.
Jadi, ABM pon separuhkan jelah adunan doh tu
untuk menghasilkan satu biji sahaja.
2 hari lepas ABM ade buat apple frangipane tart
Tak sempat nak ambik gambar doh pie tu
So, ABM pon search la kat google
untuk dapatkan gambar.
Sorry ye kat tuan punya gamba

BAHAN BAHAN

175g tepung gandum
secubit garam
1 sudu besar gula
113g butter - yang sejuk dan dipotong kiub
beberapa sudu kecil air sejuk

CARA CARA

1. Masukkan tepung, garam, gula kedalam food processor dan kisar sebati. Kemudian, masukkan pula butter dan kisar sebati. Pada stage ini, adunan akan kelihatan seperti serbuk.
2. Masukkan satu sudu kecil air sejuk dan kisar sebati. Jika doh masih tidak berbentuk "crumble", masukkan satu sudu kecil lagi. Tambah air sehingga doh kelihatan seperti crumble. Bila digenggam doh, doh boleh dibentuk. 
3. Keluarkan doh dan buat doh berbentuk bola dan wrapkan dengan plastic wrap. Rehatkan doh kedalam peti ais sekurang kurangnya satu jam. Nak rehatkan semalaman pon ok. Memang disarankan buat pie doh sehari sebelum menyediakannya.

ENJOY!

Comments

faa.rosli said…
kalo xde food processesor?
A.B.M said…
Guna garfu. Tak pon kalau ada pastry cutter, guna tu. Seboleh2 jgn guna tangan sebab nak mengelakkan daripada haba. :)
Unknown said…
kalau selepas semalaman kita rehatkan doh tu then dia keras???
A.B.M said…
itulah yg dimahukan. jika doh keras, mase nak leperkan doh utk kali pertama, doh akan merekah. Tp, kita kene buat beberapa kali. Leperkan doh, lipat doh semula, then leperkan doh semula. Doh yg keras mase disimpan dalam peti ais akan menghasilkan pie crust yg rangup. :)
Amira said…
Salam ABM.
Nak tnya ABM guna food processor and oven yg mcm mna. Kat jepun ni bnyk betul pilihan. jd rambang mata. onegaishimasu.
A.B.M said…
amira,
sy guna FP harga around 4000yen cmtu. xmmpu nk beli yg memahal :D
Unknown said…
Salam, kalau guna mixer yg biasa tu boleh x?

Popular Posts