Resepi 154 : Chocolate Tuile Cups

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM nak kongsi
satu resepi yg mudah utk sediakan dessert
Bukan sahaja mudah
Tapi sgt mesra alam
Sebabnya, bukan saje dessert tu boleh makan
tapi dengan cup sekali boleh ngap.


Actually sekarang ni dah musim autumn
So dah sejuk.
Agak tak sesuai sbnrnya nak makan ice cream time skrng
Tapi ABM nak tunjukkan salah satu idea
untuk sediakan tuile cup ni dengan ice cream
Boleh jugak kalau nak buat salad buah2
Then letak dalam ni
Tak pon sediakan cupcake
pastu dialas dengan tuile cup ni
Sgt menarik kan


Okeylah, utk resepi ni
ABm rujuk dari blog video yellowsaffron
Mudah je bahan2 nak guna
Dan mudah jugak nak dapat
Boleh jugak kalau tak nak buat coklat
nak ganti perisa lain pon ok
Nak lagi mudah,
buat je yg plain macam video blog tu


BAHAN BAHAN
(8 cups)

40g butter - dicairkan
1 biji putih telur
40g tepung kek (tepung gandum biasa pon ok) - diayak
40g gula kastor
secubit garam
1/2 sudu besar cocoa powder - diayak

CARA CARA
1. Panaskan oven 180c.
2. Didalam mangkuk berisi butter cair, masukkan gula dan kacau sebati selama 1-2 minit. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, putarkan putih telur bersama secubit garam sehingga soft peak (dah kembang tapi akan tumpah bila diterbalikkan). Masukkan putih telur ni kedalam mangkuk berisi butter dan gula tadi. Kaup balik sebati.
4. Masukkan kedalamnya pula tepung dan cocoa powder yg diayak dan kaup balik adunan sehingga sebati. Adunan akan menjadi pekat.
5. Potong baking paper kepada 14cm x 14cm sebanyak 8 keping. Setiap keping sudukan satu sudu adunan dan "spread"kan adunan menjadi bulat berdiameter lebih kurang 12 meter. Bakar didalam oven selama 7-8 minit. 
6. Bila dah siap, pastikan anda tidak keluarkan kesemuanya dari oven sebabnya kalau anda lambat membentukkan menjadi cup, tuile tu akan mengeras. Ambil satu gelas/mangkuk dan terbalikkan. Diatas permukaan bawah gelas/mangkuk tersebut, ambil satu tuile yg didalam oven dan segera letakkan diatasnya. Bila dah mula sejuk, tuile tu akan mengeras dan jadi seperti cawan. Buat satu persatu sampai habis. Nak buat bentuk lain pon ok. Ikut kreativiti memasing. Filling didalamnya pon ikot suka. ABM makan bersama vanilla ice cream.

ENJOY!


Comments

faa.rosli said…
waaa....creativenye...copy lagi resepi masuk list..abis final exam kene buat ni!

Popular Posts