Resepi 126 : Kuih Bingka Labu


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni untuk menu sampingan untuk iftar ABM buat kuih bingka labu.
Sebenarnya ABM guna labu lebihan hari tu.
Tak tahu nak buat apa lagi.
Terus ade idea nak buat menu nih.


Resepi nya ABM rujuk dari blog Che Mat
Memang simple lah.
Thank ye che mat!
^^


ABM dapat bnyk jugak untuk kuih ni.
So, bolehlah buat menu moreh after terawikh hari ni.
So, sesape yang nak buat untuk bagi kat kawan2 or
jiran2 sebelah rumah tu untuk iftar,
bolehlah guna resepi che mat nih ye.


BAHAN BAHAN
(9inci x 9 inci loyang segi empat)

450g labu - direbus dan dilecek
500ml santan*
5 biji telur*
200g tepung gandum*
180g gula halus*
1 sudu kecil vanilla essence
1/2 sudu kecil garam*
biji bijan secukupnya - untuk ditabur
sedikit mentega untuk sapu loyang

CARA CARA
1 Panaskan oven 200c.
2. Sapu loyang dengan sedikit mentega dan alas dengan aluminium foil. Lebihkan aluminium foil tu ya untuk senang dikeluarkan.
3. Didalam mangkuk, satukan bahan2 bertanda (*) dan whisk kan sehingga sebati dan gula larut. Kemudian, masukkan labu lecek dan esen vanilla.
4. Tuang kedalam loyang tadi dan taburkan bija diatasnya. Bakar selama 45-50 minit (ABM bakar 45 minit ja) atau sehingga permukaan kuih berkerak. Biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong.

*ABM punya bingka tak perang sgt atasnya. HAHA.*

ENJOY





Comments

ridoma said…
leh try ni..thnx
A.B.M said…
sila lah try. ^^
most welcome~
Cheq Sue said…
dah lama sungguh kiv resepi kuih bakar labu ni...daripada ada labu sampai ke tak ada...tak jadi2 lagi.. ^^
A.B.M said…
hahaha.
tak pe, esok boleh la cik sue beli labu.
hihi
FnF Simple Life said…
Assalam ABM... Salam kenal dari FnF from Chiba... kenal pun melalui Fatin Rosyadah...dia bg link blog awak ke akak... wah mesti seronok kawan2 dapat tumpang makan kuih muih yang ABM buat kan... gud luck 4 exam
A.B.M said…
Waalaikumsalam kak.
Salam kenal jugak dari yamagata.
hihi
Sekali sekala belanja kawan2 makan2.
hihi
Masak2 ni pon cume hobi je.
^^
Yoroshiku onegaishimasu
:)

Popular Posts