Resepi 344 : BROWNIES yang Mudah dan confirm SEDAP!


Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera


Untuk perkongsian resepi kali ni, ABM nak kongsikan satu resepi mudah
dan sedap untuk dicuba iaitu BROWNIES!
Rata2 rakyat Malaysia dah familiar dengan dessert yang satu ni.
Selain ianya sesuai untuk dijadikan juadah rumah terbuka,
brownies jugak sesuai untuk dijadikan santapan minum petang.
Tukar la selera sikit kan makan brownies pula pada waktu petang.


Resepi kali ni memang special sebabnya dengan resepi inilah
ABM membuat jualan kecil kecilan ambil tempahan brownies.
Alhamdulillah memang rasanya yang sedap dan ramai jugak
customer yang repeat order untuk brownies ni.
Rasanya yang cukup dengan coklat dan jugak
crunchy diatasnya dengan taburan badam menjadikan kek ni sangatlah
digemari bukan saja orang muda saja tau, kanak kanak dan 
orang tua pon suka.
Video resepi brownies pon ABM dah buat.
Bolehlah tengok pada video di bawah ya.
Jemput subscribe untuk tengok resepi2 yang lain juga.



BAHAN BAHAN
(8 inch loyang)

250g Dark Chocolate
20g serbuk koko
113g salted butter

100g gula kastor
100g gula perang
3 biji telur saiz A
2 sudu besar air instant coffee
1 sudu kecil vanilla extract

100g tepung gandum - diayak
1 sudu kecil baking powder - diayak

Chocolate chips secukupnya
Hirisan badam secukupnya

CARA CARA
1. Didalam periuk kecil, masukkan dark chocolate, serbuk koko dan juga butter. Gunakan api yang sangat perlahan, cairkan bahan2 tersebut. Boleh juga cairkan guna microwave ataupon guna kaedah double boiler.
2. Didalam mangkuk besar yang lain, masukkan gula kastor, gula perang, telur, instant coffee dan juga vanilla extract. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan bahan campuran coklat yang cair tadi kedalamnya dan kacau sebati.
4. Masukkan bahan ayak dan kacau sebati.
5. Masukkan kedalam loyang 8 inci. Kemudian, tabur badam dan coklat chip diatasnya.
6. Bakar didalam oven 150*C selama 30-35 minit.
7. Sejukkan diatas redai sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular Posts