Resepi 341 : Kek Marble Jelita - Lembut dan Moist!

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ini dah genap
30 hari kita berpuasa di tahun 2020.
Macam biasa pada tiap2 tahun,
ABM akan sediakan kek marble
untuk juadah hari raya.
Resepi kek marble yang ABM akan kongsi
nanti adalah kek marble yang sangat lembut
dan jugak moist.
Bukan macam kek marble orang dulu2
yang agak kering dan berderai.


Tetapi, ABM buat versi JELITA MARBLE CAKE
yang coraknya agak simple
dan tak terlalu berat mata memandang.
Cukup sekadar lorekkan warna warna terang
diatasnya sahaja.
ABM buat ni kek marble jelita versi ABM tau.
Jangan kecam saya kalau saya buat macam ni. hehe
Dari segi pilihan warna boleh la nak guna warna2
kegemaran masing2.
Nak buat warna pelangi pon boleh.
Rasanya dan tekturnya tetap sama.
Warna sahaja yang berbeza.
Disini juga ABM sertakan Video Resepi
di Youtube ABM iaitu
DAPUR ABM
Boleh lah tengok di Youtube Channel saya ya
untuk tengok lebih lanjut
cara membuatnya.


BAHAN BAHAN
227g Unsalted Butter
180g gula kastor
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil vanilla extract
1 sudu besar ovalette
5 biji telur saiz A
180g tepung gandum - diayak
1 sudu kecil baking powder - diayak
Sedikit pewarna kuning, purple, biru dan turqoise atau
apa2 sahaja pilihan warna kegemaran ya.

CARA CARA:
1. Didalam mangkuk, masukkan butter, gula, garam, susu pekat, dan vanilla. Pukul sehingga adunan kembang, pucat dan gebu.
2. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan pukul adunan sebati.
4. Masukkan bahan ayak dan gaul adunan sehingga sebati. JANGAN OVERBEAT adunan ya! Nanti kek bantat!
5. Sediakan 3 mangkuk kecil. Sudukan 3 sudu besar adunan kedalamnya.
6. Setiap adunan yg sedikit tu diwarnakan dgn warna kegemaran. Adunan yg bnyk tu diwarnakan dgn warna kuning.
7. Sediakan loyang 8 inci yg sudah dilapik dengan baking paper. Tuang adunan kuning kedalamnya.
8. Adunan yg berwarna dimasukkan diatas adunan kuning dan lorekkannya dgn menggunakan lidi.
9. Bakar didalam oven 165*C selama 45-50 minit.
10. Pada minit ke 15, cover kek dengan menggunakan aluminium foil supaya di bahagian atasnya tidak terlalu gelap.

SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular Posts