Resepi 338 : Biskut Tart Nenas Diraja (Royale Pineapple Tart Biscuits)
Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam Ramadan
Salam Ramadan
Terlebih dahulu ABM nak ucapkan terima kasih kepada pencari resepi sebab masih lagi
singgah ke blog ABM ni walaupon dah hampir 6 tahun dan tak berusik.
BERSAWANG DAHHHH! HAHA
Maklumlah lepas abis study, memang kemalasan nak berblog tu ada.
Lebih lebih lagi bila dah munculnya macam macam social media yang
kita boleh kongsi resepi.
Tapi pada tahun ini, pada 2020 ni ABM berazam untuk hidupkan kembali blog ABM ni.
InshaAllah mana mana resepi yang ABM dah kongsikan dalam instagram ABM sebelum ni,
ABM akan kongsi semula di blog ABM ni.
Sebab blog ni banyak tinggalkan kenangan manis pada diri ABM.
Yelah kan, daripada berapa je followers ABM masa mula mula buat blog dulu,
sampailah ke tahun 2014 dimana blog ABM ni dah mula dikenali.
Jadi, ABM ambil keputusan untuk teruskan menulis resepi disini disamping meneruskan
perkongsian resepi di instagram ABM sendiri,
Mana mana yang ingin mengikuti resepi ABM bolehlah singgah di instagram
iskndr.alep
atau di hashtag
#resepiabm
InshaAllah banyak resepi ABM yang dah dikongsi bersama.
Ada masa ABM rajin, ABM akan buat video resepi. Bolehla tengok di Instagram ABM ya.
Banyak pulak membebel ye. hahaha.
Jadi kat post yang pertama setelah 6 tahun menyepi
ABM nak kongsikan resepi tart nenas.
Tapi bukan tart nenas biasa biasa ye.
Ni adalah Tart Nenas Diraja ataupun dalam bahasa omputehnya
Royale Pineapple Tart.
Rasa yang lemak lemak butter dengan sedikit sentuhan cream cheese
menambah lagi keenakan Tart Nenas Diraja ni.
Tart ni tak menggunakan minyak sapi,
tapi dah digantikan dengan creamcheese.
Ramai yang dah cuba resepi ni.
Memang sedap lah.
Jom sesape yang nak try tu bolehlah jenguk jenguk resepi dibawah ni.
Bahan Bahan:
250g butter (unsalted)
100g Cream Cheese
1 biji kuning telur
Secubit Garam
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung custard
350g tepung gandum (saya tambah lagi 2 sudu besar)
Pewarna kuning sedikit
Telur utk sapuan diatas
Inti nenas yang dibentuk seperti guli.
Cara Cara:
1. Didalam mangkuk, masukkan butter, cream cheese, garam dan kuning telur. Pukul sebati. Jangan sampai kembang ye. Ala kadar je.
2. Masukkan sedikit pewarna kuning supaya warna doh menarik sedikit.
3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan tepung kastard.
4. Adun adunan sehingga menjadi doh. Jgn overmix ya.
5. Rehatkan doh 30min.
6. Masukkan kedalam acuan tart gulung atau canai doh jika nak buat tart bunga, kemudian masukkan inti dan gulungkan tart. (jika buat tart bunga, terapkan pada acuan tart, dan letakkan inti nenas ditengah. Letak diatas dulang non stick / lapik dengan baking paper.
7. Sapukan telur diatas tart supaya lebih cantik selepas dibakar. (Telur+sedikit pewarna kuning). Jika buat tart bunga, skip step ni ya.
8. Bakar didalam oven 170C selama 20-25 minit.
9. Sejukkan dan masukkan kedalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA YA!

p/s: Dikesempatan ini saya ingin mengingatkan kepada kita semua untuk kekalkan menjaga kebersihan diri, kerapkan membasuh tangan dan juga jaga jarak kita dengan orang lain sekurang kurangnya 1 meter ya. Semoga kita terhindar daripada virus Covid-19 ini. Aminn.
Comments
jordan 12
kyrie 6
adidsas yeezy
jordan shoes
kobe basketball shoes
yeezy
yeezy boost 350 v2
off white outlet
off white shoes
curry shoes
fear of god outlet
off white
golden goose sneakers
yeezy
curry 6
off white jordan
goyard bags
supreme new york