Resepi 340 : Biskut Semperit | ABM ADA YOUTUBE CHANNEL??!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera



Alhamdulillah kurang dari seminggu lagi kita akan menyambut bulan Syawal.
Tetapi, tak semua akan menyambut lebaran kali ini dengan keluarga tercinta.
Mana mana rakan rakan yang bekerja di luar negeri masing masing terpaksa beraya di perantauan untuk tahun ni.
Tapi Alhamdulillah bagi ABM sebab bekerja dalam negeri yang sama dengan mak ayah.
Jadi dapatlah ABM beraya dengan keluarga.
Walaupon amalan ziarah menziarahi akan dibataskan,
tapi masih lagi dapat beraya bersama keluarga.
Untuk rakan rakan yang beraya di perantauan,
semoga diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan yang datang ni.
Semoga ada hikmah disebaliknya.
Aminn.


Untuk kali ni ABM nak kongsi satu resepi yang mudah
Iaitu Biskut Semperit.
Kejadiannya sangatla cantik dan tak berderai.
Dah beberapa tahun ni ABM memanag akan menggunakan resepi semperit ni
untuk dijadikan juadah hari raya.
Oh lupa,
ABM dah jugak melancarkan Youtube Channel ABM sendiri iaitu
Jadi, bolehlah subscribe channel baru ABM ini untuk ABM kongsi dengan lebih detail lagi bagaimana cara cara membuat resepi.
Untuk resepi Semprit ni juga, ABM ada sediakan Video Resepi yang telah dimuatkan dalam channel DAPUR A.B.M tu.
Jemputlah Singgah ya, hehe.


Bahan-Bahan: 227g Mentega tidak bergaram 150g Gula Icing - diayak 1/2 sk garam 1 kuning telur sedikit pewarna kuning 1 sk ekstrak vanillla 250g tepung gandum - diayak 150g tepung kastad - diayak 30g tepung jagung - diayak manik gula untuk hiasan

Cara Cara:
1. Didalam mangkuk, masukkan mentega, gula icing dan garam. Pukul sebati. Jangan sampai pucat ya.
2. Masukkan kuning telur, pewarna kuning dan vanilla. gaul adunan sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard. Gaul adunan menjadi doh yang lembut.
4. Panaskan oven 160*C.
5. Masukkan dalam acuan semprit. Potong sama saiz dan letakkan diatas tray.
6. Taburkan manik gula diatasnya.
7. Bakar selama 12-15 min. Sejukkan dulu sebelum dimasukkan kedalam bekas.

SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular Posts