Resepi 337 : Hummingbird Cake
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Wah wah, dah lama jugak ABM
Tak update blog ni ya
Ade dalam 2 bulan jugak menyepi.
Bukan apa, penyakit M tu tersangat malas!
Malas nak mengedit gamba sebenarnya. Haha. Tapi, ABM banyak ja kongsi resepi terkini kat instagram (@alifiskandar_abm)
Lagi jimat masa gitu.
Upload satu gamba pastu tulis resepi kat caption. Haa. Kan mudah kerja kan.
Tapi, alang2 dah mulakan buat blog ni, tak nak lah tersangkut ditengah jalan.
Ni pon ABM cari aplikasi blog kat Apps Store .
Tup2 ada aplikasi ni, haa. Terus senang lah kerja ABM lepas ni.
Ambil gambar guna iphone then terus update resepi kat blog ni guna apps kat smartphone. Takpayah la guna komputer lg kan.
Gambar kek pon ABM masukkan sekeping jelah untuk menu kali ni.
Berbalik pada menu, ABM rujuk resepi dari martha stewart (alamak pakai apps dalam phone tak bole nk back link plak)
Ni linknya :
Cake yang mudah dibuat dan bahan2 nya pon senang. Try lah ya!
Nak bagitau jugak ni ABM dapat join lagi Majalah Aroma untuk edisi Disember 2014. Adalah beberapa resepi yang ABM sempat kongsikan.
BAHAN BAHAN
(3 Loyang 15cm)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1 cawan gula kastor
1/3 cawan minyak sayuran
1/4 cawan kacang pecan - ditumbuk kasar
1 biji pisang saiz besar - dilenyek
120g isi nenas - diblend kasar
1/2 sudu kecil vanilla extract
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 biji telur saiz besar - dipukul seketika
CARA CARA
1. Didalam mangkuk, masukkan tepung, baking powder, gula, garam, kacang pecan dan serbuk kayu manis. Gaul rata.
2. Buatkan lubang di tengah2 bahan (1) tadi. Kemudian masukkan minyak, pisang dilenyek, nenas, vanilla dan telur yg dipukul seketika. Gunakan whisk dan gaul rata.
3. Bila dah sebati je jgn gaul lg. Jangan lebih pukul adunan ya.
4. Masukkan adunan kedalam loyang. Bahagikan kepada 3 bahagian sama rata(sy guna 3 loyang saiz 15cm)
5. Bakar didalam oven 170C selama 25-30 minit.
6. Sejukkan kemudian boleh dihias dengan cream cheese frosting.
ENJOY!
Comments
Ewah.. lama betul tak update blog ya! SEkali dia keluar.. wallah...
http://www.clickmoment.net
Salam kenal dr akak...
T/kasih atas resepinya
корректируют своей рацион, в связи с тем, что нагрузки достаточно существенные Дорогая, податливая, ласковая, милая и доступная леди, доставляю невероятное сексуальное удовольствие...
avast antivirus 2017 license key || windows 7 loader activator
Avast Login
garmin.com/express
avg.com/retail
bullguard login
mcafee.com/activate
Dragon naturally speaking support
HP Printer Offline
Brother Printer offline
Avg login
Kaspersky Login
Garmin Login
Webroot.com/Safe
Office.com/setup
TurboTax Support
Garmin Express
TurboTax login
Brother Printer Helpline
Dragon Support
Garmin Connect Login
HP Printer Offline
Install Yahoo! Mail on Windows | Quick & Simple Way to Enable Facebook Dark Mode