Resepi 336 : Victoria Sponge Sandwich Cake

Assalamualaikum wbt
salam sejahtera


Kali ni ABM update pasal satu menu
yang kian popular lah kat Malaysia.
Selain daripada nama kek ni yang cukup unik,
kek ni jugak mempunyai rasa yang digemari ramai.
Rasa yang simple dengan rasa vanilla sponge cake
bersama strawberry jam atau strawberry compote.
Di bubuh jugak krim untuk menambahkan rasa lemak
pada kek ni.


Alhamdulillah skrng ABM dah kembali semula ke Jepun
untuk meneruskan saki baki 6 bulan belajar disini InshaAllah.
Sebelum balik ke Jepun,ABM ada bwak skali vanilla extract.
Rasa Vanillanya memang sedap sangat kalau guna vanilla extract
berbanding vanilla essence yang rasa vanilla nye ala kadar je.
So, ABM suggest kalau nk buat kek ni better guna vanilla extract ya.
Kalau xde, guna jelah esen vanilla tu. hihi.
Resepi ABM rujuk dari blog Bisous A Toi.
Tapi ABM separuhkan adunan sebab ABM buat saiz kecik.
Kat bawah ni ABM bubuh resepi guna loyang standard ya.
Lagi satu, better juga buat strawberry compote or jam sendiri.
Tapi kat sini strawberry not in season, so terpaksalah ABM guna
strawberry jam kat kedai je.
So memane lah eh pilihan korang. terserah lah.


BAHAN BAHAN
(loyang 8 inci)

Sponge Cake
250g unsalted butter (better guna yg berkualiti utk rasa lbh sdp)
250g gula kastor
250g tepung naik sendiri (kalau xde guna tepung biasa + 2 tsp baking powder) - ayak
250g telur (dalam 4 biji camtu)
1 sudu kecil vanilla extract
secubit garam
2 sudu besar susu segar

Filling and Cream
Strawberry jam secukupnya
200ml non dairy whipping cream (kalau nk sapu keseluruhan kek, lebihkan)
50g cream cheese (optional, taknak letak pon takpe)
2 sudu besar gula icing


CARA CARA

Sponge Cake
1. Panaskan oven 160c.
2. Didalam mangkuk, masukkan butter dan gula kastor. Pukul sehingga kembang dan pucat. Kemudian, masukkan telur satu persatu kemudian, pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan garam, kemudian pukul guna speed rendah sehingga sebati. Jangan overbeat! dah sebati je terus stop.
4. Masukkan pula vanilla extract dan susu segar kemudian guna spatula dah gaul sebati.
5. Bahagikan adunan  2 bahagian dan masukkan kedalam 2 loyang berasingan. Ratakan.
6. Bakar selama 30 minit atau sehingga kek masak. Bila cucuk dengan lidi tak ada adunan yang basah melekat pada lidi. Sejukkan diatas redai sebelum disapu krim dan jem.

Cream
1. Didalam mangkuk, masukkan cream cheese dan gula icing. Pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan whipping cream dan pukul sehingga kembang. Jgn overbeat plak nanti cream akan split!
3. Sapu atas kek pertama strawberry jam. kemudian, sapukan diatasnya lagi cream yg dipukul tadi. Lapis dengan kek ke dua diatasnya. Jika cream ada lebih, hias la ikut suka. Kalau nak simple, tabur atas kek yg dah siap tu dengan gula icing.

ENJOY!


Comments

Honey said…
Salam Alif,

Dah lama niat nak buat victoria sandwich cake tapi entah bila lah nak buat ni.
Anonymous said…
Dah 2 jam duk belej blog ni....baru jumpa ni abm...best sgt....dan nasib baik tak panggil puan....sbb sempat tgk abm ni lelaki....he he he...salam kenal dr akak...deeana
Mummy Dina said…
Nampak menyelerakan betul jam strawberi tu..terus rasa lapar dibuatnye..hehe
Kak Vit said…
dasatnyaaa baking cake gini.. :))
Unknown said…
as salam!
sedap nampaknye tu ;)

jemput singgah blog saya http://idanas.blogspot.com
miza said…
Sedapnya..nak try jugaklah nti...jeles kat si merah tu
Unknown said…
Lama tak singgah jenguk resepu sini. Dah singgah ni nak dptkan ilmu skali. Hehehe

Macam mana ABM buat background semua putih yer? Memang pakai dinding saja atau letak something.

Unknown said…
Salam Abm tq for sharing malam ni insyaAllah nk try buat kek yg yummy ni dpt plak ole2 dr cameron jem n stobery hope jadik la ye...
Vitamin Terbaik said…
Dah lama cr resepi yg mudah mcm nie.akhirnya bru jumpa.tq..mohon ambil resepi nie yer.
anaksihatdotcom said…
Wahh terliur dah ni... kena buat ni... senangnya... tq mohon ambil resepi ye...
Unknown said…
salam alif, akak pun nk copy jugak resepi ya tunggu time tak busy nak try
salam...tuan.

mohon kebenaran..utk try resepi kek ini..
jannah PS Low said…
saya sgt suka sponge kek yang simple geni...
Unknown said…
SEDAPPPNYEE...!! terasa kat tekak da ni.. hihiii
Nor said…
Terima kasih saya menggunakan resepi puan utk kek hari lahir saya 10 dec 2015...tqvm
Nor said…
Terima kasih saya menggunakan resepi puan utk kek hari lahir saya 10 dec 2015...tqvm
Aisyah Ghazi said…
Hello admin. I dh try recepi ni. Memang sedap dan menjadi. Anak2 pun suka. Thx ya for sharing. Anyway, kalau free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Turun Berat Semula Jadi!<<<

Popular Posts