Resepi 334 : Kek Lapis Evergreen

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ada buat kek lapis ni
untuk dibawa ke rumah akak ABM
sebab esok ada kenduri.
Akak ABM plak teringin katanyaa nak makan kek.
Tapi family ABM ni tak minat sgt kan kek2 yang berkrim.
So, pikir punya pikir ABM pon nak buat lah kek lapis.
Jenuh jugak cari kek lapis apa nak buat.
Tetibe teringat aritu ada beli pandan paste.
Then, terhasillah kek lapis evergreen ni.


ABM beli pandan paste aritu kaler hijaunya
suam suam kuku je.
Bukan kaler hijau pekat la.
So, kek ABM ni pon jadi cam kek lapis tak evergreen sangat
sebab kalernye suam2 je. hhaha
Tapi nk nasihatkan kalau nk buat kek lapis ni,
beli pandan paste yang kaler hijau pekat tu.
Resepi ABM rujuk kat blog Dapurku Sayang.
Cuma ABM ada tambah step sikit.
ABM golekkan cawan kat setiap lapisan kek supaya
kek tak naik gebu sangat.
ABM bila makan kek lapis, ABM tak suka yang gebu2.
ABM suka yang ala2 kek lapis sarawak gitu.
Kalau tengok gamba dari tuan resepi nye blog,
kek lapisnya agak gebu sebab maybe tak ditekan setiap lapisan.
Mana2 lah korang suka, lau rasa nak gebu tak payah tekan2 setiap lapisan kek ya!


BAHAN BAHAN
(8x8 loyang petak)

10 biji telur gred A
450g mentega - disuhu bilik
200g tepung hongkong/tepung gadum - ayak
100g horlicks
160g gula kastor
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovalette
340g susu pekat
170g seri kaya
100g serbuk santan
1 sudu kecil vanilla


CARA CARA
1. Didalam mangkuk besar, masukkan telur, gula dan ovalette. Pukul sehingga kembang. Ketepikan seketika.
2. Didalam bekas berasingan, masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul sehingga berkrim. Kemudian, masukkan serbuk santan dan pukul sebati.
3. Satukan adunan telur dan mentega. Pukul sebati.
4. Masukkan seri kaya, pandan paste dan horlicks. Pukul sebati.
5. Masukkan tepung dan pukul sebati. Kemudian, masukkan esen vanilla dan gaul rata.
6. Panaskan oven 170-180C. 
7. Sediakan loyang. Masukkan 5 sudu besar adunan kedalam loyang. Ratakan. Bakar dengan menggunakan api atas selama 5 minit atau sehingga keperangan. Keluarkan dari oven dan golekkan gelas diatas lapisan kek lapis supaya mampat. Jika suka kek lapis yang gebu, skip langkah ini.
8. Masukkan lagi 5 sudu besar adunan dan ratakan. Bakar selama 5 minit atau keperangan. Buat sehingga habis.
9. Bagi adunan yang terakhir, bakar menggunakan api atas 5 minit. Kemudian, bakar menggunakan api bawah pula selama 5 minit lagi.
10. Sejukkan sepenuhnya barulah dipotong.

ENJOY!



Comments

cheq da said…
Rajin abm melapis2 kek...
Sunah Sakura said…
kalo saya, tekan2 guna sudu tu...bagi mampat...saya pun tak suka kek lapis gebu2...rasa macam bukan kek lapis sarawak aje kalo gebu2 tu.. :D

Popular Posts