Resepi 329 : Biskut Nestum Badam - Rayaku diperantauan

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ada buat lagi satu
menu biskut untuk juadah hari raya nanti
Memandangkan ABM ada bawak nestum
dari Malaysia hari tu,
Jadi, teringin la pulak nak buat biskut nestum ni
Lagipon nestum ni kan ada rasa lemak2 sikit
Memang sedap lah kan.


Resepi ABM rujuk dari blog citarasawan.
Tapi ABM ada olah dari segi sukatan
dan juga ABM tambah serbuk badam sikit
dalam biskut ni.
Biar rasa special sikit kan. hihi
Memang sedap sangat.
After buka rasa sikit mmg rangup
tapi tak keras lah.
Sedang elok ja kerangupan nya tu.
Sesape yang nk cuba,
boleh la buat utk biskut hari raya nanti.
Dan resepi ni jugak ABM dan kongsikan kat dalam
instagram ABM iaitu @alifiskandar_abm


BAHAN BAHAN
(boleh dapat 100 lebih biskut bergantung pada saiz)

250g butter
100g gula perang
1 sudu kecil vanilla
250g tepung gandum
35g tepung jagung
100g nestum (ABM guna nestum Honey 3in1) - dikisar halus
70g serbuk badam

1 biji telur - dipukul sebentar utk disapu pada biskut
sedikit nestum untuk ditabur


CARA CARA
1. Didalam mangkuk, masukkan butter, gula dan esen vanilla dan pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung, nestum dan badan kedalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Canaikan dan terap adunan ikut bentuk yang digemari. Susun diatas tray dan sapu telur diatasnya. Taburkan juga nestum diatasnya. 
4. Panaskan oven 140c dan bakar selama 18-20 minit. Bergaantung pada oven masing2 jugak. Resepi asal gula 150c selama 25-30 minit. Bila dah nampak kuning keemasan pada biskut, maknanya dah siap la tu. Jangan hangus pulak nnti rugi ja buat.

ENJOY!

Comments

mama dee said…
sedapnya. rindu nak makan nestum. Bikut nestum..popia nestum.. Tapi tak jumpa cari nestum kat sini.huk..huk
mai has said…
owh saya suka biskut nestum!!!segalan bende nestum suka.hehee...thank u for the recipe...:-)
cheq da said…
Selamat hari raya abm
Sue Bee said…
comel cookie cutter awak ya ABM..beli kat mana?
mai has said…
biskut nestum mmg kegemaran saya juga sebab kerangupan nya memang berbeza dari yang lain...:-)
Mummy Dina said…
biskut ni memang sedap..tp raya tahun ni x jumpa walaupun dah merata gi beraya..hairan betul..hihi

Popular Posts