Resepi 297 : Karipap Pusing (edisi Frozen) - Step by Step

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama tak bersiaran kat blog ni kan.
Rindu pulak rasenye nak menaip resepi.
Memandangkan hari2 sebelum ni agak sibuk sedikit
ditambah pulak dengan part time job,
tak sempat nk kongsi resepi kat sini.


Okeylah, semalam ABM dan beberapa
kawan ABM kat sini rewang-kecil-kecilan
dengan membuat karipap pusing ni.
Bukan nye sebab takde kerje,
tapi minggu hadapan ABM
akan membuat house warming kat rumah ABM ni.
Tradisi kat sini, kalau baru pindah ke rumah baru,
tuan rumah kena buat house warming.
Dh lama dah nak buat tapi asyik delay je.
So, minggu ni membusykan diri nak buat housewarming ni.
Thanks to Hafiz dan akak Sara sebab tolong mencanai
dan mengelim karipap.
Utk pengetahuan, ni adelah first time kitorang mengelim
karipap pusing ni.
Bselah, name pon first time kan. 
Memang agak tak perfect sangat lah.
Tapi ok lah kan utk first timer. haha.
Untuk resepi ABM rujuk kat blog fieza.
Untuk cara mengelim, ABM rujuk kat youtube <klik sini>


BAHAN BAHAN
(lebih kurang 50-60 biji)

Inti Kentang
1kg kentang - dikupas dan dipotong dadu
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 batang kayu manis
3 sudu besar sebuk kari + sedikit air - jdikan pes
1/2 cawan air - agak2 la eh
garam dan gula secukup rasa
beberapa helai daun kari

Kulit Doh

doh minyak
400g tepung gandum
sedikit garam
1-1/2 cawan minyak sayuran - dipanaskan

doh biasa
600g tepung gandum
sedikit garam
air sejuk secukupnya - ABM tak sukat. TERLUPA!


CARA CARA

Inti Kentang
1. Didalam kuali berisi minyak untuk menumis, masukkan kayu manis. Jika dah naik bau, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan pes kari dan kacau sehingga garing sambil menuangkan air sedikit demi sedikit. Masukkan kentang dan gaul rata. Masukkan daun kari dan gaul sebati. Tutup kuali dan gunakan api kecil supaya kentang empuk. Sekali sekala hendaklah dikacau juga kentang tersebut untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika dah ok, matikan api dan masukkan dalam bekas. 

Tips: Nak cepat kentang empuk, rebus kentang yg didadu dahulu separuh empuk. Kemudian, barulah dimasukkan kedalam kuali.

Kulit Doh (step by step)
1. Untuk doh minyak, satukan kesemua bahan didalam bekas tahan haba, gaul guna garfu. Jika adunan dah tak panas, barulah guna tangan. Minyak hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit utk melihat consistency doh tersebut supaya tidak terlalu lembik or keras. Bulat2kan kecil seperti gambar diatas. ABM dapat 30 biji bulatan. Satu bulatan boleh dapat 2 biji karipap.
2. Untuk doh biasa, satukan semua bahan dan uli. Air sejuk hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit. Jika doh tak melekat pada tangan semasa menguli, doh anda siap utk digunakan. Jika masih melekit, tambah lg tepung. Jika keras, tambah lg air ya. Agak2 je. Bulat2 kan 30 biji juga. Saiz doh biasa akan lg besar berbanding doh minyak.




3. Leperkan doh biasa dan gulungkan doh minyak didalamnya.
4. Canai doh memanjang, Gulungkan doh tersebut.
5. Canaikan lagi memanjang (ABM lupa ambik gambar step ni) supaya menjadi seakan segi empat tepat.
6. Gulungkan lagi menjadi gulungan yang pendek. Belahkan kepada dua bahagian. Telangkupkan. Bahagian yang cantik di bahagian bawah (supaya menjadi kulit di bahagian luar)
7. Canaikan doh tadi menjadi bulatan. Jangan terlalu nipis dan jgn terlalu tebal. Isikan inti kedalamnya.
8. Kemaskan di bahagian tepi dan mulakan proses mengelim. Buat sehingga habis.

Proses menggoreng dan frozen
1. Gorengkan didalam minyak penuh separuh masak. Jgn smpai kekuningan. Toskan. Buat sehingga habis. Bila dah sejuk, masukkan kedalam ziplog bag dan masukkan kedalam ruangan sejuk beku untuk disimpan.

ENJOY!


Comments

Anonymous said…
sy buat nper bila greng..tepung liat..huhu...
Sis Liza said…
So easy..i will try soon
kehidupan sihat said…
terus rasa nak buat petang ni..

hihi
Anonymous said…
Tak guna magerine ke.

Popular Posts