Resepi 289 : Lemon Meringue Pie

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Beberapa hari lepas,
ABM ada beli torch burner
untuk buat dessert yang guna bende alah tu
macam creme brulee, meringe pie ni dan lain2 lah.
So, for the first time playing with torch burner,
ABM persembahkan resepi Lemon Meringue Pie ni
untuk dicuba.


First time ABM makan dessert ni when ABM visited
australia 3 bulan lepas.
Bila makan terus jatuh chenta!
Cumanya tahu2 saja la kan.
Lau dessert2 from Australia ni mmg super sweet!
especially kat bahagian meringue nya.
So, ABM cari punya cari jumpe resepi yg pling mudah
iaitu dari resepi Sorted Food.
Rasanya saling tak tumpah dengan rasa meringue pie
yg ABM rasa kat Australia aritu.
ABM juga cut sikit sukatan gula kat meringuenya supaya
tak super sweet.
Lagipon dessert ni menggunakan lemon yg sememangnya masam.
so, kenelah balance kan dengan gula supaya ianya seimbang.
So, sesape yang nak cuba, boleh try!
Ni pie version mudah sbb guna biskut as base dia.
Malas nak uli2 tepung nih. haha


BAHAN BAHAN
(loyang 18cm springform)

Base
100g digestive biscuits (guna lah biskut kegemaran)
60g butter (dicairkan)

Lemon Curd
3 biji telur
125g butter
120g gula kastor
1 1/2 biji parutan kulit lemon
2 biji jus lemon
1/2 sudu besar tepung jagung

Meringue
2 biji putih telur
65g gula kastor (ikut kemanisan yg digemari)


CARA CARA

Base
1. Kisar biskut didalam food processor dan tuang kedalam mangkuk. 
2. Campurkan dengan butter cair dan gaul sebati. Masukkan adunan kedalam loyang dan tekan supaya mampat dan rata. 
3. Masukkan kedalam peti ais sementara buat bahan yang lain.

Lemon Curd
1. Didalam periuk, masukkan parutan kulit lemon, jus lemon dan juga butter. Letakkan diatas dapur dan gunakan api yang kecil dan gaul sehingga butter cair. Matikan api.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur, gula dan tepung jagung. Pukul sehingga kesemuanya sebati. 
3. Sambil memukul, masukkan campuran butter dan lemon tadi kedalam adunan telur. Kacau rata.
4. Tuang kembali kedalam periuk kecil tadi dan masak diatas api kecil dan kacau sentiasa sehingga adunan memekat seperti custard. Jika dah sampai tahap tu, matikan api.
5. Tuang kedalam loyang tadi. Ratakan dengan hanya menggerakkan loyang tadi supaya memenuhi keseluruhan loyang. Cover bahagian atas lemon curd dengan plastic wrap. Pastikan plastic wrap mencecah di bahagian permukaan lemon curd.
6. Masukkan kembali kedalam peti ais selama lebih kurang 4-5 jam atau semalaman supaya lemon curd mengeras. Nak lebih cepat, masukkan kedalam freezer (yang buat ais tu) selama lebih kurang 2 jam.

Meringue
1. Masukkan putih telur dan gula didalam mangkuk tahan haba. Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau putih telur dan gula sehingga gula larut keseluruhannya.
2. Bila gula dan larut, angkat mangkuk tersebut dan putih putih telur sehingga kental dan suhu putih telur dan sejuk. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
3. Masukan kedalam piping bag.

Penyediaan
1. Ambil loyang tadi dari peti ais dan tanggalkan daripada loyang tersebut. Letakkan diatas pinggan untuk dihidang.
2. Paipkan putih telur diatasnya mengikut kreativiti anda.
3. Dengan menggunakan torch burner (gamba seperti dibawah), bakar permukaan putih telur sehingga ada kesan2 terbakar.
4. Jangan over nak bakar pulak nnt terlampau hangus. Masukkan kembali kedalam peti ais supaya lemon curd benar2 "slice-able" (sebabnya bila time proses bakar putih telur tu, lemon curd akan mencair sedikit).

ENJOY!

Comments

cheq da said…
Kalu cheq da buat moh terbakar nti..jgn kt nk mkn nk tgk p xlalu..he3
sabar dubai said…
Klo akak buat rs dgn pinggan3 kot hangus hihi... best plak nmpk
Sue Bee said…
mmg handal la org yg buat meringue pie ni..kalo SB yang buat,kompom hancur..hahahaa...
Cheq Sue said…
akak pernah buat sekali, tapi tak menjadi sebab terlebih uli basenya... bila ingat balik tergelak sensorang
Gee® said…
Wah.... cantek...!!
missy mishme said…
kiranya lepas paipkn telur tu..meringue tu kn smooth sgt..bakarkan perlahan lahan kt atasnya je ye? nti telur tu x lembik kt dlm ke? x perlu bakar meringue tu ye???
A.B.M said…
[cheq da]
tak try tak tau cheq da. hihi. :)
A.B.M said…
[kak sabar]
mmg best kak. try lah wat. mmg sgt balance dengan masam n manis. :)
A.B.M said…
[sue bae]
try lah buat kak sue. :)
A.B.M said…
[cheq sue]
hihi. sbb tu lah ABM buat base dy biskut je. senanag. haha
A.B.M said…
[missy]
haah. just bakar je permukaan putih telur selepas dipaipkan. putih telur takkan mencair, bahkan lagi bertambah mengeras. Proses ni macam kita masak telur jugak. telur akan menjadi firm selepas dikenekan pada haba :)
missy mishme said…
okay2..hujung minggu ni nk try. =)
Anonymous said…
urm nak tanya. kaedah doubleb boiler tu macam mana? heheh sorry I'm a newcomer. ^^
A.B.M said…
double boiler tu, kaedahnya camni :

1. panaskan air didalam periuk (air x pyh bnyk sgt)
2. tuangkan adunan (yg nak di double boilerkan) kedalam mangkuk tahan haba (guna yg kaca lg bagus).
3. Letakkan mangkuk diatas periuk tadi. Pastikan air tak cecah pada mangkuk.

Harap ianya membantu saudara/i lah :)
Unknown said…
kalau xde torch burner tu,ada kaedah lain x? hehehe

Popular Posts