Resepi 274 : Coklat Fudge Brownie - So easy to make!
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Dah lama rasanya tak update resepi.
Bukan apa, beberapa minggu lepas,
ABM pergi vacation.
So, tak dapat la nak kongsi resepi2 kat sini.
Tapi harini ABM rajin sikit
untuk kemas2 sikit habuk yang dah naik
kat blog ABM ni. haha
Resepi ni memang sangat mudah!
Sedap pulak tu.
Resepi ABM just google je.
Tup2 ade resepi yang bahan2 nya mudah sangat.
kat laman web bestrecipes
Cuma, resepi asal guna dark chocolate.
Tapi ABM guna chocolate yg ade kat rumah ni.
Coklat masakan tu yg ala2 milk chocolate.
Sukatan gula pon ABM kurangkan
dan ABM tak bubuh kacang,
malah, ABM bubuh cherries dan tambah sedikit
cream cheese.
Ni pon kes nak abeskan cream cheese yang tinggal sedikit
kat dalam fridge.
At the end, it turned out very delicious brownies!
Tak caya? kene lah try. hihi
BAHAN BAHAN
(loyang petak 20cm)
200g coklat (boleh guna dark or milk chocolate)
120g butter
50g cream cheese (bole skip kalau xnk)
1/2 cawan gula (nak kurangkan pon boleh)
2 biji telur - dipukul seketika
1 cawan tepung gandum
45g cherry - dipotong dadu kecil
CARA CARA
1. Panaskan oven 170c.
2. Masukkan coklat, butter, cream cheese, gula kedalam periuk. Gunakan kaedah double boiler, cairkan kesemua bahan sehingga sebati menggunakan senduk kayu.
3. Masukkan telur kedalamnya dan gaul sebati.
4.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata.
5. Sediakan loyang 20cm dan sapu mentega serta lapik dasar dengan baking paper. Tuangkan adunan kedalamnya dan taburkan cherry diatasnya sekata.
6. Bakar selama 30-35 minit bergantung pada oven masing2. Sejukkan sepenuhnya barulah dipotong.
ENJOY!
Comments
sila lah cuba :D