Resepi 269 : Quick Honeydew Icecream - Sepantas Namanya!
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Alhamdulillah,
hari ni dah masuk fasa terakhir kita berpuasa.
Dan ABM pulak tak lama lagi
akan pulang bercuti ke kampung halaman.
Tak sabar rasanya.
InsyaAllah minggu depan hari selasa,
ABM dah berada di Malaysia.
Dapat lah jugak berbuka puasa sehari
dirumah daripada takde. hihi
Okeylah, hari ni ABM buat lagi
menu Quick Icecream.
Sebenarnya, ni dah masuk kali ke3 ABM buat
Quick Icecream ni dengan menggunakan
3 jenis buah yang berbeza iaitu,
Strawberry, Nenas dan Tembikai Susu ni.
ABM buat icecream ni semalam.
So, dapat lah rasa sikit icecream ni.
Apa yang ABM dapat simpulkan,
antara ketiga2 jenis buah yg ABM guna,
buah tembikai susu nilah yang paling sedap.
Sebabnya, buah tembikai susu yang rasanya manis lemak ni
menambahkan lagi keenakkan icecream ni.
Anda2 tu, boleh la juga try guna buah2 yang ada kat pasar tu.
Asalkan bersesuaian dgn cara pembuatannya.
BAHAN BAHAN
500g tembikai susu - dipotong kecil dan dibekukan.
80-100g gula kastor - ikut kemanisan buah
1 biji putih telur
200ml whipping cream
sedikit pewarna hijau - kalau tak letak pon xpe
CARA CARA
1. Masukkan tembikai susu yang sudah dibekukan dan juga gula kedalam food processor dan kisar halus. (jika gunakan blender biasa, masukkan tembikai susu sedikit demi sedikit).
2. Masukkan pula putih telur dan kisar sebati. Kemudian, masukkan whipping cream dan kisar lagi sehingga sebati keseluruhannya.
3. Masukkan kedalam bekas yang sesuai dan masukkan pewarna hijau. Gaul rata. Pada tahap ini, adunan agak cair. Masukkan kedalam peti sejuk supaya keras sepenuhnya sebelum dimakan.
p/s : Lebih mudah menggunakan food processor berbanding blender biasa.
ENJOY!
Comments
itu apa yg sy faham lah. :)
btw, thanks for the info.
A.B.M... teruskan usaha murni anda.. anda tak perlu “menagih views". kami yg ketagih posting anda.. abaikan commentors yg irritating dan annoying.
p/s: rasulullah pesan, nak dakwah biar berhikmah, ummm..benda ni apply kt all aspects of life kn..heee..
I suka the colours and rasa nak masuk mulut je skrg sbb cuaca panas terik kat luar nun.. (sambil mouth watery)
Psstt, katanya blogger kena cerdik. Tapi rasanya banyak blogger amatur ni takde lah educated sangat and belajar di luar negeri. Contohnya, saya dengan rendah diri tidak belajar tinggi mana pun uh uh uh.. cukup di dalam negara Malaysia aje. Kadang-kadang, diaorg buat blog ni hanya nak mengisi masa lapang dan share recipes yang diaorg tau.
Tapi mungkin juga si dia cuba bagitau kat you supaya confirmed (study) dulu supaya penulisan you itu adalah benar bukan di ada-adakan. (Apa yang I cakap ni?? hahaha)
You juga betul sebab kita guna perkataan yang mudah di fahami. Dia kena faham, tak semua org yang baca blog ni adalah orang yang berpelajaran tinggi, belajar di luar negara. Kebanyakkannya suri suri rumah tangga, mak mak and so on. Karang kalau di sebutnya perkataan yang pelik sikit, 'apo kobondo eh jang?' katanya.. ahhhh sudah!! hahahahaha..
palm angels
golden goose outlet
hermes outlet online
kd shoes
goyard tote bag
supreme outlet
off white hoodie
nike sb dunks
birkin bag
golden goose outlet
off white outlet
a bathing ape
retro jordans
jordan shoes
kobe byrant shoes