Resepi 260 : Kuih Keria Lembut - Mudah dan Cepat

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Terlebih dahulu,
ABM nak ucapkan
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
bagi seluruh umah islam di bumi Allah ni.
Alhamdulillah, kita diberi kesempatan lagi
untuk tahun ini bertemu dgn bulan ramadan.
Mudah-mudahan bulan ramadan kali ini
lebih baik berbanding tahun2 sebelum.


Okeylah, Hari ini ABM buat kuih simple saja.
Sebab time2 puasa ni lah gatal nak makan
kuih2 melayu ni kan.
Pikir punya pikir nak buat kuih keria ni.
Resepi ABM rujuk kat blog Che Mat.
Thanks che mat for the recipe.
If Allah willing, ABM akan update lagi
resepi2 kuih melayu kat dalam blog ni.
(Tu pon kalau ada masa la ya)
Tapi ABM akan cuba lah cari kuih2 melayu
yang mudah nak buat.
Untuk kuih keria ni,
sebenarnya kene masak dulu gula utk disalut pada kuih.
Tapi, ABM malas. ABM just coat dengan powdered sugar je.


BAHAN BAHAN
(20-25 ketul)

800g keledek
1 sudu kecil garam
1 1/3 cawan tepung gandum + sedikit lagi
1 1/4 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula - ABM tambah

salut luar
sedikit powdered sugar
(blend kan sehingga halus gula biasa)


CARA CARA
1. Rebus keledek yg dipotong kecil dengan air dan garam. Rebus sehingga empuk. Masukkan kedalam mangkuk dan lecek sehingga lumat.
2. Masukkan tepung, baking powder dan gula. Gaul sebati. Jika doh terlalu lembik, tambah tepung lagi sehingga menjadi doh yg lembut.
3. Sebelum membuat bentuk tayar, tangan hendaklah disalut dengan tepung supaya doh tak melekat pada tangan. Ambil sedikit doh dan bulat2 kan. Kemudian, leperkan dan cucuk di tengah2 doh dengan jari supaya membentuk seperti tayar. Kemaskan dan letak didalam dulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat sehingga habis.
4. Sediakan minyak penuh. Panaskan minyak. Bila dah betul2 panas, masukkan kuih keria kedalamnya. Jgn bubuh terlalu banyak. Ini kerana kita tak nak suhu minyak jatuh dan nanti kuih keria akan absorb minyak terlalu banyak. Masak sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
5. Sementara kuih panas, bubuh powdered sugar didalam plastik. Masukkan kuih kedalam plastik dan goncang plastik sehingga kuih menyaluti gula. Sedia untuk dimakan. Tapi, tunggu azan maghrib dulu tau. hihi


 Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana. 
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)


ENJOY!

Comments

Anonymous said…
Comei nye, da lme trigin nk wat..
Sheila said…
Sedapnye.. ptg ni nak try buat.. tak pernah bt sndr lg.. asek beli je :D

Popular Posts