Resepi 209 : Ayam Goreng Berlada
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Harini utk makan tengah hari tadi
ABM masak ayam ni.
Sebelum pegi kelas masa ke4 tadi,
sempat lah jugak menjamah menu ni.
Actually, kalau tgk rupa takdelah beza sangat
dengan ayam masak merah kan.
Tapi rasa nya beza sikit.
Dalam resepi ni ade gunakan cuka.
So, rasa dy agak lain sikit.
Kalau nak tau sangat camne rasenye, cubalah.
ABM dapat resepi daripada website RASA
Simple dan ringkas jer.
Yang penting bila masuk mulut rasanya sedap.
hihi.
BAHAN BAHAN
bahan perapan
1/2 ekor ayam
1 sudu besar cuka makan
1/2 sudu besar serbuk kunyit
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam
100ml air
minyak untuk menggoreng
bahan sos
4 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka makan
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis
bahan kisar
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA CARA
1. Satukan bahan perapan dengan ayam. Biarkan lebih kurang 15-20 minit. Didalam kuali berisi minyak penuh, goreng ayam sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Untuk sos, panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga garing. Kemudian, masukkan bahan kisar kedalamnya. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili dan cuka makan. Kacau sebati. Kemudian, masukkan sedikit air (tp jgn sampai terlalu cair pula ya) dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula (jika ada serbuk perasa, masukkan sekali pon ok). Kacau sebati. Rasa sos. Jika dah ok dan kuah pon pekat, matikan api dan siap dihidang. Curahkan sos bersama ayam yg digoreng tadi semasa menghidang.
ENJOY!
Comments
followed ^^