Resepi 193 : Pineapple Fritters

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM nak kongsi resepi dessert.
Penyediaan sgt mudah.
Dan yang paling penting memang sedap.


Resepi ni ABM ambil daripada blog video Sorted.
Actually pineapple fritters ni sedap dimakan time panas2.
So, sesape yang nak try tu,
boleh la rujuk resepi kat bawah ni.
Cuma ABM buat 1 tin je.
Resepi asal guna 2 tin nenas.


BAHAN BAHAN

2 tin nenas gelang
150g tepung naik sendiri
300ml sparkling water / air soda bergas - disejukkan
1 genggam parutan kelapa - ABM pakai yg dipaket
minyak secukupnya untuk menggoreng


CARA CARA
1. Asingkan nenas dan airnya. Seeloknya keringkan nenas gelang tu.
2. Didalam mangkuk, masukkan tepung, air soda dan parutan kelapa. Kacau sebati. Kacau sekejap je sebab tak mahu kehilangan buih2 tersebut.
3. Didalam minyak yang panas (pastikan minyak betul2 panas ye), masukkan nenas yang disaluti dengan adunan tepung. Goreng sehingga garing. Toskan. Buat sehingga habis.
4. Enak dihidang bersama krim putar atau ice cream.

ENJOY!

Comments

faa.rosli said…
nmpak mcm sedap je..aritu ade cuba apple frtters tp tak leh terima laa rasa dia...hihihi
A.B.M said…
owh.. mgkin x suka cinnamon kot. haha
Mat Gebu said…
Ohhsemmmmmmm!!!....i likeee!!!
A.B.M said…
hihi..
sedap ni che mat buat time minum petang. :)

Popular Posts