Resepi 189 : Pengat Jagung Bersagu
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Untuk minum petang ABM hari ni,
ABM buat menu yg simple.
Hari tu ade beli satu tin jagung manis
tapi, tak tahu pulak nak buat ape.
So, ABM pon belek2 lah blog
jeng jeng jeng!
Alhamdulillah ade resepi pasal pengat jagung ni
Bahan2 yang lain pon ade.
So, senang lah kerja ABM.
Tinggal tunggu kerajinan je nak bergerak ke dapur buat menu ni
Pung pang pung pang kat dapur
Siap lah utk dijamah.
Cuma ABM kurangkan sukatan gula je.
So, lau nak try resepi super duper mudah ni
tgk lah resepi kat bawah
BAHAN BAHAN
1 tin jagung manis - atau 2 tongkol jagung
( 1 tin = 450g. tapi, berat jagung tanpa air 250g)
400ml santan - ABM guna dalam tin
110g gula pasir - ikut citarasa
1500ml air - ABM campur sekali dengan air dlm tin jagung
1 sudu besar tepung kastard - kalau xde boleh skip kot
garam secukup rasa
2 sudu besar sagu - dicuci dan ditoskan
3-4 sudu besar gula melaka
CARA CARA
1. Jika guna jagung segar, rebuskan jagung dengan air sehingga empuk. Kemudian, masukkan santan, gula pasir, gula melaka, garam, tepung kastard kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2. Jika guna jagung dalam tin, masukkan air dan masakkan sehingga agak panas. Kemudian, masukkan jagung, santan, gula pasir, gula melaka, garam, tepung kastard kedalam periuk sehingga mendidih.
3. Masukkan sagu kedalam periuk sehingga sagu lembut. Nak tahu sagu tu dah lembut ke belum, sagu akan berubah menjadi jernih. Jika masih terdapat lagi warna putih pada sagu, maknanya sagu belum masak sepenuhnya.
4. Bila rasa dah ok, matikan api dan siap dihidang.
ENJOY!
Comments
moncler jackets
yeezy boost
off white
kyrie 6
kd shoes
coach outlet sale
louboutin shoes uk
balenciaga
balenciaga