Resepi 188 : Strawberry Crepe

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Demam crepe sedang melanda Malaysia skrng ni.
Tapi ABM kat sini asyik tgk je dyorng post2 kat fb
pasal durian crepe tuh.
Mana boleh tahan ni.


Walaupon kat jepun ni mmg susah nak cari durian,
so, ABM pon buat lah Strawberry Crepe nih.
Sambil2 tu feeling2 macam makan durian crepe.
Dapatlah lepaskan geram walaupon tak sama rasa.
HAHA


Untuk resepi ni ABM rujuk dari blog Masam Manis kak Azlita.
Resepi mmg mudah.
Dan bahan2 pon senang nak cari.
Cuma resepi tu guna durian.
Tapi ABM guna Strawberry Jam je.
Len kali ingtkn nak buat guna Blueberry pulak.
hihi


BAHAN BAHAN
(7 inci - lebih kurang 20 keping)

kulit crepe
250g tepung gandum
3 biji telur
500ml santan - ABM guna 200ml santan kotak + 300ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil perasa strawberry
1 sudu kecil pewarna merah


filling crepe
200ml whipping cream
1/2 sudu besar gula
Strawberry jam secukupnya



CARA CARA

kulit
1. Masukkan kesemua bahan didalam bekas dan kacau rata. Kemudian, masukkan kedalam blender dan kisar halus.
2. Tapiskan adunan. Ketepikan. 
3. Panaskan non stick pan (ABM guna yg dasarnya saiz lebih kurang 7 inci) dan griskan dengan minyak. Bila kuali dah panas, gunakan api yg kecil. Masukkan 1 senduk adunan (kalau senduk tu besar, guna 1/2 senduk je). Gerakkan pan sehingga menjadi seperti crepe. Biarkan permukaan atasnya kering. Takpayah terbalikkan. Terus angkat dan tuang lagi adunan kedalam pan dan ulang step ini sehingga habis.
4. Biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan filling.
filling
1. Pukul whipping cream dan gula sehingga kental. Ketepikan.
penyediaan
1. Gunakan bahagian crepe yg kurang cantik untuk letakkan intinya. Ikut step pada gambar.
2. Simpan kejap didalam peti ais sebelum dimakan, Enak dimakan sejuk. Gunakan bekas kedap udara semasa simpan didalam peti ais untuk mengekalkan kelembapan crepe. Kalau tak, nanti crepe akan pecah.


ENJOY!


Comments

Diana said…
Alaaa...terliur lak strawberry crepe.. Kat sini dah 2 kali mengorder durian crepe.... dah terbaca entry strawberry crepe nih..teringin lak nak merasa yang nih lak.... [order leh..? :-p haha)
Jauh benor mengorder sampai Japan saner..kan.. kikiki

Rajin betul mengolah resepi bagus..bagus..bagus...

Buat lagi eh resepi2 best... Nanti leh saya ikut cuba...hihih
A.B.M said…
hihi.
Sbb ni jelah yg ade kat sini.
macam sedap tu yg try buat.
:)

Ok, i will. InsyaAllah. Kalau ade mase dpt la wat menu best2. :)
CikFarra said…
sedapnyaaa , kenapa pandai sangat buat resepi nii -___-"

heheh , nanti nak try la resepi dalam ni . hehe . nanti boleh x nak kongsi blog anda dekat blog saya ? hehe .

Popular Posts