Resepi 185 : Ikan Tenggiri masak Asam Pedas Bernenas
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Alhamdulillah semalam dan hari ni
salji turun berterusan tak henti2.
Memang agak tebal salji.
Walaupon baru awal bulan 12.
Tapi, kalau tgk ramalan cuaca,
next week hari jumaat camtu,
suhu naik balik.
Kemungkinan salji pon akan cair.
Sobs.
So, tadi pon kluar lah.
Ambik la gamba beberapa keping sebelum
kemalasan nak nk kluar bilik tu bertambah.
haha
Okeylah, habis cerita pasal winter.
Berbalik pada menu hari ni,
ABM masak menu simple je.
Memandangkan duit biasiswa MASIH belum masuk!
TENSEN!
Resepi ni ABM hanya rujuk resepi yg ABM buat sebelum ni.
Resepi ayam masak asam pedas.
Cuma kali ni ABM guna ikan tenggiri dan
ABM juga tambah nenas dalam tu.
Memang sedap lah!
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan tenggiri - disiang dan dipotong (kalau besar sgt, guna sekor je)
25g asam jawa
800ml air
1/2 biji nenas - dipotong kecil
2 helai daun limau purut
beberapa batang daun kesum
1 sudu serbuk ikan bilis
minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa secukupnya
sedikit gula jika perlu
bahan kisar
15 batang cili kering (direndam dahulu dgn air panas)
3 biji bawang merah kecil (atau 1/2 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 sudu kecil serbuk buah keras (nutmeg)
1 batang serai
2 sudu kecil serbuk kunyit
CARA CARA
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik minyak. Kira2 10-15 minit camtu.
2. Masukkan campuran air asam jawa dan bahan2 lain kedalam periuk. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ikan dan biarkan sehingga agak mendidih atau sehingga ikan masak.
4. Jika rasa dah okey, tutup api dan siap dihidang!
ENJOY!
Comments