Resepi 180 : Makaroni Ayam Bakar Mini Citarasa Malaysia

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


ABM sgt tak ade idea
nak masak apa hari ni.
Terus terpikir nak buat menu ni
Menu yg ABM dah derhaka kan
Jadi ala2 Malaysia


ABM memula nak buat makaroni goreng biasa je
Tapi, tetibe teringin nak buat makaroni bakar lak
ABm tak de rujuk mana2 resepi.
ABM cuma campak je apa yg ade kat dapur.
Yang ABM beli tadi cuma cheese je.
Yang bahan2 lain semua dah ade kat dapur.
Nak jimat lah kan.
Kene lah kreatif sikit.
Yang penting sedap pada ABM lah.
So, esok tak payah nak masak lagi.
Sebab ABM buat pon agak banyak.


Jadi, buat yang nak cuba tu
bolehlah jengah2 resepi kat bawah ni.
Boleh juga lah nak tambah bahan2 yang korang rasa
sesuai dan sedap utk selera masing2.

BAHAN BAHAN
(12 mini makaroni)

200g makaroni
300g ayam cincang
6 sudu besar sos pasta - ABM pakai yg readymade
1 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam - nak pakai kiub pon bole
1/2 biji bawang holland - dicincang kasar
1/2 biji lobak merah - dipotong dadu kecil
1 sudu besar extra virgin olive oil
1 sudu kecil basil flakes
garam dan gula secukup rasa
air (jika perlu)
minyak untuk menumis
grated mozarella cheese - secukupnya (atau apa2 cheese yg mencair bila bakar)

bahan kisar
15-20 batang cili kering - ikut lah selera pedas masing2
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

CARA CARA
1. Untuk sos, didalam kuali berisi minyak yg panas, masukkan bahan2 kisar. Kacau sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos pasta dan minyak zaitun. Kacau sebati. Masukkan pula ayam cincang dan kacau sebati. Jika agak kering, masukkan sikit air.
2. Masukkan serbuk pati ayam dan kacau sebati. Kemudian, masukkan bawang holland, basil flakes dan lobak.  Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sehingga sos tak terlalu berair. Jika rasa dan okey, matikan api dan ketepikan.
3. Untuk macaroni, didalam air rebus yang berisi dengan sedikit garam dan minyak zaitun, masukkan makaroni dan rebus sehingga masak. Ikut arahan pada bungkusan. Jika dah masak, toskan dan lalukan air paip pada macaroni untuk menghentikan proses masak pada makaroni. Ketepikan.

penyediaan.
1. Panaskan oven 200c.
2. ABM asingkan satu mangkuk sos yg dibuat tadi untuk dimakan semasa dihidang. Didalam mangkuk besar, masukkan makaroni tadi, dan lebihan sos tadi. Gaul sebati.
3. Ambil sedikit bahagian macaroni tadi kedalam mangkuk kecil. Ambil sedikit parutan cheese dan gaul sebati. Masukkan makaroni tadi kedalam loyang muffin (ABM guna loyang muffin saiz besar juga) dan taburkan parutan cheese lagi diatasnya. Ulang step (2) ni sehingga habis.
4. Bakar didalam oven selama 10-15 minit atau sehingga cheese dah mencair dan keperangan. Biarkan sejuk dahulu sebelum dikeluarkan dari dalam loyang muffin.

p/s: Kalau nak buat kat dalam bekas remekin pon boleh. Makan dalam tu terus. Tak payah keluarkan. 

ENJOY!

Comments

Unknown said…
Sy buat makaroni bakar tak tau la apa rasanya abm..sbb terlebih makaroni..jd yang lain 2 tu rasanya dah kurang..huhu..tp makan jugak ja la..rugi..
A.B.M said…
kalau kuahnya agak sikit, buat la lebih lg. hihi.
Tapi ABM suka serve kan sekali sos nya time hidang. Jadi, rasanya tak la berkurang. :)

Popular Posts