Resepi 173 : Kerabu Taugeh dan Kacang Panjang

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari tu ade singgah blog 
ade update pasal eBook 
ataupon eMajalah yg dikeluarkan oleh Karangkraf


Memang sgt memudahkan utk orang yg x duduk Malaysia
Tapi nak beli buku2 ataupon majalah Malaysia
Bila ABM terbaca pasal tu kat blog kak ita
Terus ABM download apps "EMALL"
masuk dalam phone.
Bila dah download tu ape lagi
Mula lah bershopping


ABM ade lah beli Malajah Rasa
Yang sememangnya sinonim dengan
orang yg minat masak.
Ataupon orang yg baru  nak belajar memasak
macam ABM ni
Sangat2 membantu lah.


Dan hari ni ABM buat resepi
mengikut resepi dalm majalah Rasa tu.

BAHAN BAHAN
100g kacang panjang - dihiris serong dan dicelur
150g taugeh - dicelur
2 sudu besar kerisik (ABM guna 1 1/2 sudu besar je)
4 biji bawang merah - dihiris halus
1-2 biji limau nipis (ABM guna 1/2 biji lemon) - diambil jus
2 batang serai (ABM guna 1 batang je) - dihiris halus
1 kuntum bunga kantan (ABM guna 1/2 kuntum je) - dihiris halus
1 genggam soo hoon - dicelur
3-4 batang cili merah - dihiris serong
garam secukup rasa

CARA CARA
1. Satukan kesemua bahan sehingga rata dan masukkan jus limau nipis/lemon serta garam. Gaul sebati. Siap dihidang. ABM tabur dengan bawang goreng diatasnya.

ENJOY!

Comments

Popular Posts