Resepi 141 : Cinnamon Butter Rolls

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Utk sarapan, ABM buat roti yang mudah ni.
Lagipon, semalam breadmaker yg ABM tempah dah sampai.
So, tak payah lagi nak bersusah payah nk menguli.
Nak buat slice bread pon boleh dalam tu.


Okeylah, actually resepi ni resepi roti butter rolls je
Cuma ABM je yang memandai tambah cinnamon dalam tu.
Maklumlah, ABM ni mmg suka cinnamon.
Memang sedap!
ditambah lagi dengan butter rolls ni.
Berganda sedap!
hihi
Tapi, sesape yg tak suka cinnamon tu,
just skip je bahan tu.
Tetap sedap.


ABM dapat resepi from buku resepi yg didatangkan
bersama breadmaker tu.
Saje je nak try2 kan.
Jakun sikit pakai bende alah ni.
haha.

Roti ni enak dimakan time sarapan or minum petang.
Sambil2 tgk tv tu kan.
Sedap jugaklah kalau mengunyah roti ni.
hihi


BAHAN BAHAN
(ABM dapat 10 biji)

4g yeast
260g tepung roti
20g gula (kalau yg tak letak cinnamon, lebihkan sikit)
secubit garam
40g butter
23g telur (dipukul seketika dahulu)
140 air (kalau tak guna breadmaker, pakai air suam)
2 sudu besar susu tepung

filling
3 sudu besar cinnamon
3 sudu besar gula

glaze
lebihan telur tadi
1 sudu besar air

CARA CARA
Panaskan oven 180c
1. Untuk yg ada breadmaker, masukkan kesemua bahan kedalam breadmaker ikot arahan. Kalau breadmaker yg ABM guna ni, dimulakan dengan air, lepas tu barulah bahan kering dan diakhiri dengan yeast. Pilih butang dough dan tunggu sampai siap dan biarkan doh naik. Masa utk menguli dan memerap ni ikot breadmaker masing2.
2. Untuk yg tiada breadmaker, didalam mangkuk kecil, masukkan air suam, gula sedikit dan yeast. Tunggu sehingga yeast aktif (berbuih). Satukan bahan2 lain kedalam mangkuk besar. Gaul sebati. Kemudian, masukkan yeast yg aktif tadi kedalam adunan. Uli sehingga menjadi doh yg sempurna. Setelah itu, tutup doh dan biarkan doh naik selama 45 minit. 
3. Satukan cinnamon dan gula. Ketepikan. Kemudian bahagikan doh kepada 10 bahagian kecil dan bentukkan bulat. Kemudian, ikot step dibawah :

buat bentuk seperti segi tiga

Masukkan filling dan ratakan. Pastikan filling diletakkan ditgh2 sahaja. Jangan terkena pada side. Sapukan sedikit air di bahagian side doh sebelum dilipat untuk digam.

Gulung kemas dan letakkan didalam tray pembakar

4. Setelah selesai semua, perap lagi doh selama 30 minit atau doh kembang 2 kali ganda sebelum dibakar.
5. Satukan lebihan telur tadi dan air. Sapukan diatas roti tadi. Kemudian, bakar didalam oven selama 20 minit atau sehingga keperangan. 

ENJOY!

Comments

ana said…
Slm abm. 1st time singgh sini. Resepi menarik. Tp yg bestnye, kagum bila tgk profile abm ni bdk lelaki. Mula ingt pompuan. Salute kat awk. Acik nak kopiket resepi puding n roti ni. Mntk halal. Semoga sukses selalu.
A.B.M said…
wslm anna. Silekan. mmg utk dikongsi pon. :)
Rajin2 lah singgah sini.
hihi
Eey said…
Wah dah ada BM lagi rajin ler adik ABM ni meroti nanti... Agak2 mahal tak BM kat Nihon sana tu?
:p
Marsita Yahya said…
salam..
http://my-mintroom.blogspot.com/
saya tinggal jejak nanti saya datang lagi ya,,,,
A.B.M said…

ahahaha. baru2 ni agak rajin la jugak. hihi
kat sini lebih kurang 300 camtu. Tak tau lah mahal ke x sbb tak penah tgk harge kat malaysia. hihi
A.B.M said…

singgah2 la selalu. hihi
ana said…
Slm abm. Lama selongkar dpur awk ni, makcik rasa best. Sya ni dah pangkat makcik kat awk rasanye hehehe sbb ank2 sya pun dh besar2 panjang. Bole kan kongsi ilmu dgn org lama2 mcm sya ni. InsyaAllah sya akn selalu2 singgh sini.
ana said…
Lupe plak nk komen psl bm. Kst mesia klau yg branded cam kenwod hege rm400 keatas. Tgk model. 300 tu kira murah la. Senangkan ada bm ni. Semua keje uli mnguli serah kat dia. Tau siap je doh.
A.B.M said…

Thanks cik coz singgah blog ABM ni. :)
MMg mudah kerja uli menguli kalau ade BM tu. hihi.

Popular Posts