Resepi 134 : No baked Peach Cheesecake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni sebenarnye besdey 2 orang senior ABM kat sini.
Sebenarnya ABM nak buat pavlova,
tapi terpakse cancel sbb nak abeskan cheese yg ade kat dapur nih.
Hari isnin ni dah bertolak ke osaka dah.
So, takot membazir kan.
Lagipon, senior2 ni mmg suka cheesecake.
 Terajin lah nak buat.
Lagipon, dy ade buat jamuan sikit.


Okeylah, resepi ni ABM ubah suai resepi mango cheesecake
yg ABM buat haritu.
Dan resepi tu jugak ABM rujuk dari Che Mat.
Kalau ikot resepi ni sgt sedap!
Gerenti puas hati.
hihi


BAHAN BAHAN
18cm

base
40 keping biskut ritz 
50g butter - dicairkan

cheesecake
200g creamcheese - dilembutkan
60g gula kastor
1 tin buah peach - dikisar menjadi puree (ambil buah sahaja)
beberapa hirisan buah peach dalam tin - untuk hiasan
1 1/2 sudu besar gelatin halal
110ml air panas@suam
200ml whipping cream

CARA CARA
base
1. Setelah biskut dikisar didalam food processor, masukkan butter yg dicairkan. Gaul sebati kemudian, letakkan didalam loyang 18cm (yg boleh ditanggalkan). Tekankan biskut tersebut sehingga mampat dan rata. 
2. Letakkan didalam peti ais sementara membuat cheesecake nya.

cheesecake
1. Didalam mangkuk, masukkan creamcheese dan gula. Putarkan sebati. Kemudian, masukkan puree peach kedalam adunan. Putarkan sebati. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk kecil, masukkan gelatin dan air panas. Kacau rata sehingga gelatin larut.
3. Sementara tunggu gelatin larut, didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga gebu dan kental. Jika diterbalikkan mangkuk, cream tak tumpah. Jangan terlebih putar nanti cream bertukar semula menjadi cecair. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk berisi creamcheese tadi. Kaup balik dengan sebati.
4. Kemudian, jika gelatin tersebut sudah sejuk seketika, masukkan kedalam adunan dan gaul sebati. Setelah itu, masukkan kedalam loyang yg ade base biskut tadi. Ratakan dan simpan didalam peti ais sehingga kek membeku. Lebih kurang 3-4 jam. Bila dah siap, bolehlah dihias dengan potongan peach dalam tin  tu kat atas cheesecake nih. hihi.

Tips dari Che Matgebu: Untuk keluarkan kek dari loyang, basahkan kain bersih dengan air panas. Kemudian, tekap dibahagian luar loyang. InsyaAllah senanglah nak kluarkan kek tersebut. Jika ada bahagian tepi kek yang tak cantik, boleh layurkan pisau diatas api, kemudian, ratakan menggunakan pisau tersebut.

ENJOY!



Comments

shamyheart said…
roti ritz tu apa?
Wah, seronok la buat kek tanpa bake. Senang.
Nampak sedap
A.B.M said…
bukan roti, tapi biskut jenama ritz.
Kalau xde, gunalah biskut yg digemari. :)
Unknown said…
sedap resepi ni! i modified a bit, instead of using peach, im using lemon. result sedap dan menjadi. thanks for the recipe :) lepas ni nak try buat desserts lain plak ;)
Unknown said…
Akak kek ni kalau letak luar dia boleg bertahan beku dia brpe lama ye?
A.B.M said…
liyana,
erm, rasenye dlm 30 minit ke 1 jam je kot. kek ni tak bpe enak dimakan tak sejuk :)

btw, sy ni lelaki., hihihi
Anonymous said…
Kalo x gune gelatin x pe kn
Roses said…
Puree peach tu time bila plak masukkan
Unknown said…
Sedappnyee nk cube lah nanti

Popular Posts