Resepi 121 : Murtabak Perantau "shortcut"

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah hari ni
dah masuk hari ke 2 berpuasa.
Okeylah, untuk menu iftar hari ni
ABM buat murtabak sebagai menu sampingan.
Tapi, memandangkan hari ni buat kari ayam jugak,
mcm selari la kan ngn murtabak ni
sebagai bahan pencicah nya.


Yelah, hidup kat perantauan ni
kalau time bulan pose ni memang lah teringat kat Malaysia.
Dengan bazaar ramadan semua tu kan.
Nasib baek lah kat dapur tu ade roti pratha segera.
Terus ade idea nak buat murtabak ni.

Untuk bahagian inti nya,
ABM rasa takdelah bnyk beza dengan inti samosa semalam yg ABM buat.
Cuma cara penyediaan nye je yang berbeza.
Sebabnya ABM ikot resepi kat
Tengs ye for the recipe.
^^.


ABM suka inti bnyk, so dapat 2 keping je.
Kalau nak inti sikit (jimat), bole dapat 3 keping.
up to you.

BAHAN BAHAN
(2-3 keping)

2-3 keping roti pratha segera - ABM guna jenama KAWAN

inti
100g daging ayam cincang - boleh juga guna beef
200g-250g ubi kentang - dipotong dadu
3 sudu besar rempah kari
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1/2 biji bawang besar - resepi asal guna 1 biji (dipotong dadu)
garam dan gula
air secukupnya

filling tambahan
2-3 biji telur (satu biji telur satu murtabak)

bahan canai
sedikit minyak

kari ayam

CARA CARA.
1. Didalam periuk, masukkan daging ayam cincang. Kacau sehingga terurai dan air daging tu kering. 
2. Masukkan sedikit minyak dan bawang putih. Kacau sebati.
3. Masukkan rempah kari, air dan kentang. Kacau dan tutup periuk untuk kentang empuk. Sentiasa tengok ye. Kalau air dah kering tapi kentang masih belum empuk, tambahkan air lagi. 
4. Bila kentang dah empuk, masukkan bawang besar, garam dan gula. Kacau sehingga airnya kering. Matikan api dan inti siap!

nota : Lebihkan garam dan gula sedikit sebabnya nnti inti tu nak dicampur dengan telur.  

5. Cara penyediaan sila lihat step dibawah:

Sapukan sedikit minyak di papan
kerja dan diatas pratha segera

Lebarkan roti pratha.
(jgn ade lubang. Tp kalau ade, pepandai la tampal ye.)

Letakkan diatas piring/pinggan
Pukul telur

Masukkan inti kedalam telur.

Tuangkan kedalam roti pratha yg dah dilebarkan td
dan lipatkan.

Sapukan sedikit lagi minyak diatasnya

6. Ulang step ni sehingga siap kesemuanya. Bolehlah digoreng diatas pan yg digris dengan sedikit minyak.

ENJOY!


Comments

Popular Posts