Resepi 118 : Laksa Pantai Timur... mudah saja!


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Beberapa hari lepas ade kawan kat fesbuk
bagi cadangan buat laksa nih.
Dia kata sedap.


Pastu, ABM pon try la google resepi.
Bila tgk bahan2nya memang mudah.
Sedap pulak tu.


ABM dapat resepi dari sini 
Tapi, tuan punya blog tu buat portion yg banyak.
ABM pulak nak makan sikit je.
Maklumlah, dah akhir bulan ni
Scholarship pon belum masuk lagi.
Minggu depan baru JPA bank in kan.
So, sementara tunggu scholar masuk,
kene lah berjimat cermat.
hihi
Buat makanan pon kene lah budget2 sikit.
Kalau tak nanti membazir pastu basi.

Okeylah, jom tgk bahan2 apa yg digunakan.


BAHAN BAHAN
(3-4 orang)

Mee laksa secukupnya-dicelur dan ditoskan

kuah
300g ikan kembung - direbus, dibuang tulang dan dikisar
250ml santan pekat
sedikit serbuk lada hitam
sedikit air (jgn bnyk nnt kuah cair. agak2 lah ye)
sedikit garam
serbuk perasa sebagai tambahan (ABM guna maggie cukup rasa)
asam keping - ABM tambah

dikisar berasingan
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1/2 inci halia - ABM tambah

ulam dan tambahan
taugeh
hirisan kacang panjang
hirisan lada hijau
hirisan timun
hirisan bunga kantan
hirisan kobes
sambal belacan - ABM tak buat. hihi
*dan lain2 yg dirasakan sesuai

CARA CARA
1. Satukan bahan kisar, ikan kisar, serbuk lada hitam, separuh santan, asam keping dan sedikit air didalam periuk. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
2. Bila dan mendidih, masukkan baki santan dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Biarkan seketika. Bila dan okey semuanya, matikan api dan siap untuk dihidang. Boleh curah diatas mee laksa semasa dihidang dan dimakan sekali dengan ulam2 tu.

p/s : Kuah hendaklah sentiasa dikacau untk mengelakkan kuah berketul. :)

ENJOY!


Comments

Popular Posts