Resepi 93 : Kuey Teow Hailam.... kot


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Selamat hari minggu.
Hari ni untuk lunch aku buat menu nih.
Simple but sedap jugak lah.


Aku tgk resepi kat blog Dapur Malaysia
Mudah dah senang nak ikot.
Lau nak try,
cubalah ye!


BAHAN BAHAN
(3-4 orang)

mee kuey teow secukupnya
100g daging ayam boneless- dipotong kecil
10 ekor udang
3 ulas bawang putih- ditumbuk
1/4 biji bawang besar - dihiris
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar stok udang - air rebusan daripada kepala udang
3 cawan air
2 sudu tepung jagung - dibancuh sedikit air
minyak masak
gula dan garam secukup rasa

sayuran
4 batang jagung muda - tak letak
1/2 biji lobak merah - dihiris
5 biji cendawan butang - x letak
1 cawan taugeh
4 cili padi - diketuk (lau nak pedas) aku x letak
hirisan daun bawang
2 biji tomato

CARA CARA

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan besar. Tumis sehingga layu.
2. Masukkan daging ayam. Goreng sehingga hampir masak. 
3. Masukkan air, stok udang, sos tiram dan kicap. Gaul sehingga sebati. Kemudian, masukkan udang. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan bancuhan tepung dan kacau sekata. masukkan semua sayuran kecuali tomato (aku terletak sekali tomato. Jadi, kuah tu agak masam sikit). 
5. Jika kuah kurang rasa, masukkan garam dan gula secukupnya. Pastikan rasa dahulu sebab mane lah tahu kuahnye dah sempurna masin sebab kita guna sos tiram.
6. Celurkan mee kuey teow didalam air panas dan toskan. Boleh dihidang bersama2 kuahnya tadi, tomato dan daun bawang. 

P/S: kalau rase kuahnya sikit, boleh alter resepi nih ya.

ENJOY!

Comments

Anonymous said…
Saya tak faham dengan blog-blog yang menyiarkan resepi2. Semuanya tak izin untuk copy dsgnya. Kalau macam tu buat apa postkan. Simpan ajelah ...tak payah nak share ilmu. Bukan ke ilmu yang bermanfaat tu yang akan membantu kita bila kita mati esok. Lagi pun ilmu yang ada tu ilmu Allah bukan hak kita. Allah yang memberi kita inspirasi untuk mencipta sesuatu ilmu itu. Wallau'Alam..
A.B.M said…
Assalamualaikum.
Saya rasa anda sudah silap faham apa yg saya tulis di sidebar blog saya ni. Sy tidak kesah jika ada yg ingin mencuba resepi daripada blog saya ini. Malah saya turut bersyukur kerana ada yang sudi menjadikan blog saya sebagai blog rujukan.

Apa yang kami kesalkan (sebagai blogger masakan), ada orang2 diluar sana yang tidak bertanggungjawab menyiarkan semula apa hasil titik peluh kami (especially gambar2 daripada blog) TANPA menyatakan credit pada tuan empunya.

Ya, saya tahu, ilmu itu semuanya datang dari ALLAH. Tetapi, jika anda berada pada situasi dimana ada blogger2 yang tidak bertanggungjawab menyiarkan semula HASIL kerja anda seolah2 dialah yang membuat semuanya, seoalah2 dialah yang berusaha menyiapkan segala jenis juadah. Apa perasaan anda masa itu? Suka? Atau bangga hasil kerja anda dicuri?

Saya bukanlah seorang yang bijak berkata2, tetapi anda perlulah bayangkan seolah2 anda berada pada individu tersebut sebelum mengeluarkan komen yg terburu2. Diharap anda tidak lekas memberikan tanggapan yang buruk kepada seseorang.

Sy tidak marah jika di"copypaste" resepi2 disini. Malah kewujudan blog ini sememangnya untuk berkongsi. SEkali lagi saya ingin tekankan, apa yang kami kesalkan sebagai blogger masakan adalah, hasil kerja kami diulang cetak dan dikeluarkan di blog yang berlainan seolah2 merekalah yang membuat segala kerja keras tersebut.

Diharap cik/tuan/puan/encik faham apa yang dimaksudkan oleh kata2 saya di sidebar tu. :)

Semoga ramadan kali ini menhindarkan diri kita daripada sifat2 mazmumah. Salam syg daripada ABM. :)
Anonymous said…
Wa'alaikummusalam..Terima kasih di atas pencerahan tersebut. Tak tahu pulak saya ada orang sanggup buat macam tu. Olehnitu saya memohon ma'af kerana membuat tuduhan yang melulu tanpa mengetahui keadaan yang sebenar. Kalau begitu izinkan saya mencuba resepi2 yang dipaparkan. Semoga ilmu yang bermanfa'at menjadi pencen kubur bagi anda di akhirat kelak. Salam Ramdhan dari saya.
A.B.M said…
alhamdulillah, semua dah terang. :) Memang ada blogger2 yg mcm tu. Dyorang buang "watermark" kat gambar kita, then, dy bubuh watermark dy.
Silakan. Jika ada yang berkenan, cubalah. :)

Salam Kenal dari ABM :)

Popular Posts