Resepi 85 : Orange Chocolate Cake


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Malam ni sebenarnya ade majlis sikit kat sini.
Alang2 terajin harini,
aku pon buatlah kek ni.


Actually kek ni aku alter from 
haritu.
cuma, aku tambahlah perisa oren kat dalam kek ni.
Coklat ngn Oren.
Kombinasi yg sgt serasi lah bagi aku.

Resepi ni pon xde bnyk beza lah.
Try tgk lah ape yg aku guna dalam kek nih.
Kredit juga kepada kak juwita dengan resepi asal
black forest cake tuh.


BAHAN BAHAN
(18cm)

BAHAN A:
3 biji kuning telur
100 gram gula castor
120 gram tepung kek
50 ml minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
70ml jus oren
1/2 biji daripada parutan kulit oren

BAHAN B:
30 gram serbuk koko Van Houtan
50ml air panas

BAHAN C:
3 biji putih telur
60 gram gula castor
1/4 sudu kecil cream of tar tar - aku pakai jus lemon

BAHAN FROSTING DAN HIASAN:
100g Cream Cheese (dilembutkan) - aku tambah
Whipped Cream (300 ml)
30g gula halus (ikot kemanisan yg anda suka)
1 tin kecil buah oren (asingkan buah dan syrup nya)
rice chocolate secukupnya



CARA CARA

BAHAN A
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.

BAHAN B
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan.

BAHAN C dan Penyediaan
1. Sapu dasar dan keliling loyang dengan marjerin. Alas dasar loyang dengan cooking sheet.
2. Panaskan oven dengan suhu 170 degree.
3. Dengan menggunakan mixer, pukul putih telur bersama cream of tar tar selama 2 minit.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehinggan gebu dan bertanduk. Adunan tidak tumpah walaupun diterbalikkan mangkuk pengadun.
5. Campurkan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur.
6. Kaup balik adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang.
8. Bakar dengan suhu 170 degree selama 50 minit atau sehingga kek masak.
9. Sejukkan di atas redai.

FROSTING
1. Bila kek sudah sejuk, potong kepada 3 lapis
2. Pukul whipped cream bersama gula dan cream cheese sehingga pekat, dan gebu.  (depends pd jenis whipped cream, mungkin ada yang tidak perlu tambah gula)
3. Sapukan syrup daripada oren dalam tin tersebut di atas lapisan pertama. 
4. Kemudian sapu rata whipped cream cheese di atasnya.
5. Tutup dengan satu lapisan kek.
6. Kemudian ulang langkah 3 - 5 untuk lapisan kedua
7. Selepas tutup dengan lapisan ketiga kek, sapu whipped cream cheese di seluruh kek.
8. Tabur coklat rice di tepi kek.
9.letakkan oren yg dalam tin tersebut sebagai hiasan diatasnya.
10. Boleh tulis wording jika mahu atau hias ditengahnya.

ENJOY!


Comments

Asmara said…
uwaa.. mmg sedap sangat!!
*chocoreto orengi keki berperisa sirap. hikhik.. gomen nee..;D
A.B.M said…
hahahaha. tulah . bukan siap biasa. tapi sirap lemon. hihi.
xpe2. daijoubu~ :)
Faiz said…
:) hehe deco tu walaupun simple, tp sweet n tertarik nk mkn kek

Popular Posts